Saturday, November 5, 2011

sayang Allah? aku tak percaya.

Facebook status updategambar hiasan

Assalamualaikum Smile *kenapa aku rasa macam dah lama sangat aku tak buat entri macam ni eh?

kali ni aku nak ajak korang semua berfikir tentang satu perkara ni, macam tajuk tu lah, betul ke kita sayang Allah?

aku selalu log in Facebook, sign in Twitter, blog walking. boleh kata setiap hari aku buat benda-benda ni. bukan takde kerja, ada, tapi aku rasa berat sangat nak buat. pemalas betul aku ni. zzz

sebab dah selalu sangat online, macam-macam benda aku nampak. orang puji makwe/pakwe, kutuk musuh, perli memerli *aku selalu dah ni dan banyak lagi yang korang tentunya juga pernah lihat dan buat. jangan tipu lah, aku tahu korang pernah buat.

kadang-kadang aku jumpa post yang buat aku rasa Ya Allah, kenapa lah aku jahil sangat. ye lah, baca cerita yang sedih gila sampai meremang bulu roma, ataupun, Subhanallah, kenapalah aku buta sangat, yang ni kalau tengok gambar biasanya.

ok2, aku tak sampai lagi ke persoalan sebenar. haha dan aku juga selalu jumpa post yang nampak suci gila, kalau tengok tu rasa insaf sangat. tak perlu lah contoh sebab aku yakin korang pernah nampak benda ni semua. kan?

malangnya, post dah sedap hati memandang, gambar yang dia guna pulak, aku tak tahu nak cakap apa, aku bagi smiley ni je lah untuk menggambarkan perasaan aku : Disappointed smile , dan FB post:

aku sakit hati betul dengan Facebooker yang status 'cinta Allah' tapi DP macam haremmmm

patut ke buat status “I love Allah!” tapi gambar tak pakai tudung, baju ketat macam sarung nangka, seluar pendek macam seluar dalam, tak malu ke?

*kalau rasa nak bertaubat, buat lah betul-betul, tak perlu nak buat status bagai. Allah tak pandang apa yang kau post pun.

maaf andai tersalah.

7 comments: