Wednesday, December 7, 2011

aku comel. kau jeles?

tetiba aku terpanggil untuk tulis post yang agak kontroversional. heh bukannya nama yang aku kejar, dengan kurang 100 readers sehari nak kejar nama pebendenya. tunggu la 1000 sehari, lepas tu post aku semua mengejar nama. hahaha

tajuk tu mesti membuat beberapa orang di atas muka bumi ni agak tak senang duduk. sebab aku bukannya comel sangat. bukan tak comel sangat, malah tak comel pun. kan? tak payah sorok-sorok la. aku tahu isi hati pembaca aku. ye ke Zaid? :O

tajuk tu aku reka je. sama la dengan entri ni. rekaan semata-mata. dan sebab yang membuatkan aku untuk memilih tajuk sedemikian hodoh ialah kerana kehodohan banyak budak-budak yang ingat dia comel kat dunia ni.

kalau setakat rasa comel ok lagi, dah rasa comel, dia ingat dia betul-betul comel. dia lupa ke aku lagi comel?! oh, tak semua orang kenal aku. maafkan mereka Zaid. ye Alhamdulillah aku baik. kalau tak dah kena maki hamun mereka semua. cis

dah 4 perenggan pendek aku taip tapi tak mula lagi. haha mesti korang bosan kan dengan gaya penulisan aku yang tah apa-apa. maaf lah. aku menulis bukan untuk nama. kalau tak faham ayat ni, boleh ulang dari atas lagi.

baiklah, aku sebenarnya dah bosan tengok muka orang yang tak comel, tak cantik, tak manis, tak lawa, tak handsome, tak macho tak macam-macam lagi. maksud aku bukan aku tak suka tengok orang yang tak cantik. bukan. jangan salah anggap. aku baik, dengan semua orang* aku berkawan.

aku tak suka orang yang suka letak gambar dia banyak-banyak macam orang nak tengok sangat muka dia. apa dia ingat kat internet tak ada orang lagi lawa dari dia ke? banyak, berlambak-lambak. cari je la kat google tu, berjuta results.

jangan tengok lelama

jadi kepada anda pemilik wajah yang sudah tentunya ada kecantikan tersendiri, usahlah anda menayangkan wajah anda kepada semua sesuka hati. kalau nak letak 1-5 gambar masih boleh kompromi. tapi kalau dah sampai sakit mata orang tu, pandai-pandai lah fikir.

kecantikan wajahmu bukan terletak pada berapa banyak orang yang melihatnya,
ianya terletak pada berapa banyak orang yang sanggup mati untuknya.

kalau sanggup mati untuk mempertahankan kecantikan, dah macam tak inkhlas pula kan? ye la, orang kata kalau seseorang tu ikhlas sayang kita, suka kita, dia tak kesah rupa kita. kan?

ahhh, layan je la. peduli apa. hahahaha

No comments:

Post a Comment