oh tidak, aku bukan nak buat novel yang ada empat karakter dengan nama haha, hihi, hoho, huhu, dan hehe. aku cuma nak berikan pendapat aku terhadap 5 kata ni, yang selalu digunakan untuk melambangkan ketawa dalam tulisan(ke taipan?).
*fikir sekajap nak terus masuk isi atau merepek dulu* … *ambil keputusan terus masuk isi*
ye, empat perkataan ni ada bezanya. walaupun bezanya tak besar sangat, tapi cukup untuk merubah persepsi seseorang(sekurang-kurangnya aku) terhadap anda. percaya atau tidak. haha
apa korang rasa bila baca “haha” dekat atas tu? boleh ulang semula kalau tak pasti. tapi aku nasihatkan baca dalam hati je. sebab orang lain boleh anggap korang gila. hehe
biar aku tukar perkataan-perkataan ni dengan gambar supaya korang nampak apa yang aku rasa. nampak apa yang aku rasa? lain macam je bunyi. ah, biar lah.
,,,,dan
nampaknya tak berapa nak jelas. jadi aku volunteering myself untuk jelaskan kepada semua. hehe tapi kena ingat, ni semua hanya apa yang aku fikirkan. dan aku selalu salah. kalau rasa korang pandai, sila lah buat research. haha
maksud-maksudnya
haha
merujuk kepada ketawa yang ikhlas dan biasanya tidak dibuat-buat. memanglah taip tu perbuatan, dibuat-buat ni maksudnya dia buat bukan sebab nak jaga hati orang.
hihi
merujuk kepada ketawa yang kurang ikhlas. dan gedik. ni aku jarang jumpa. tapi biasanya memang orang yang gedik je buat. hihi *hihi-hihi, aku sepak baru tahu*
hoho
merujuk kepada ketawa yang sangat tak ikhlas, dan digunakan untuk mentertawakan orang. yang ni biasanya bila kita nak ketawa, tapi tak nak. tapi rasa nak ketawa sebab orang tu buat salah. ahh pepandai lah fikir.
huhu
merujuk kepada ketawa yang manja. sedikit ikhlas. yang ni biasanya bila lawak tu lawak, tapi orang yang dapat lawak yang kita buat orang yang kita kenal. walakin, aku tak pernah guna. maksud aku, aku tak suka.
hehe
merujuk kepada ketawa yang disebaliknya terselindung satu kejahatan. memang ketawa tak ikhlas. hehe see? aku sebenernya saja je nak kenakan korang. haha
dah. tu je. kalau korang rasa apa yang aku rasa, like la bebanyak. haha :D
they said Laughter is the best medicine,
Nabi kata ketawa punca penyakit hati.
No comments:
Post a Comment