aku pernah terfikir kenapa aku jadi aku. aku pernah terfikir kenapa aku tak pandai. aku pernah terfikir kenapa aku tak kaya. aku pernah terfikir kenapa aku tak ada super power aku pernah terfikir kenapa aku tak pandai. aku pernah terfikir macam mana bahasa wujud. aku pernah terfikir macam mana benda membesar. aku pernah terfikir macam mana benda bergerak.
masa aku kecil aku selalu fikir kenapa aku tak lahir dalam keluarga yang kaya. aku boleh minta apa aku nak. aku boleh beli apa aku nak. aku boleh makan apa aku nak.
aku juga pernah terfikir, kenapa aku tak ada super power yang ada pada para super heroes kat dalam tv tu? aku nak sangat ada kuasa teleportation. boleh aku pergi mana-mana sesuka hati. seronoknya
masa tu juga aku terfikir kenapa aku tak pandai macam Adi Putra, walaupun masa tu dia belum lahir. kalau aku pandai, semestinya aku boleh jadi kaya. kan?
aku juga pernah terfikir macam mana bahasa wujud? kenapa manusia ada bahasa yang komplex, tapi binatang tak? kalau binatang boleh bercakap, mesti best. boleh la order dia buat apa-apa. best kan kalau ada kawan berbual yang bukan manusia? haha
aku pun terfikir, macam mana benda membesar. macam manusia, macam mana dengan makan, boleh jadi besar? macam mana pokok bawang yang aku tanam boleh tumbuh pun aku pelik. T_T
bila tengok benda bergerak, tangan aku biasanya, aku akan terfikir sebenarnya bukannya kita bergerak. aku selalu bayangkan dunia ni satu tempat yang tercipta daripada particle semata-mata. dan sebenarnya kita bergerak apabila particle tangan kita, bertukar tempat dengan particle yang ada kat udara, dengan sangat laju.
tapi aku tersedar, kalau aku jadi orang lain, aku tetap akan nak jadi orang lain sebab aku tak pernah jadi aku yang sekarang. sebab manusia tumbuh dengan persekitaran. aku akan boleh kadi orang lain dengan hanya menukar persekitaran aku. aku pasti.
kalau aku ada super power, mesti orang lain pun ada. jadi dah tak jadi istimewa. dan dah tak jadi super sebab semua ada. kan? macam kat Krypton, semua sama, tapi bila sampai bumi, hebat tak ingat dunia.
kalau aku pandai macam Adi Putra, aku tak akan jadi aku. itu yang aku tahu. dan aku tak akan dapat bergembira macam aku. sebab aku akan terlalu fikirkan benda yang ilmiah. haha
aku tetap tak dapat solve pasal bahasa ni. sampai sekarang, aku rasa mesti seronok kalau kucing aku boleh cakap. aku boleh la berbual dengan dia. tak de la kesunyian. erkk
bila aku belajar Bio baru lah aku tahu. tapi tu secara teknikalnya. siapa nak tahu secara teknikal? aku nak tahu secara asasnya(memang kalau tahu benda ni, boleh buat komputer aku membesar, contohnya). gila kan? hehh
macam mana kita bergerak? bila aku fikir balik, mungkin aku betul, kita sebenarnya bertukar tempat dengan particle lain. tapi kita tak mampu nak bertukar dengan some particle sebab mereka terlalu besar. haha aku gilaa XD
dulu, aku selalu nak jadi anak orang kaya, sekarang, aku selalu nak ada orang hantar mistery package. dan isinya something like Alien ware ke, kamera DSLR dengan lens yang berharga sebuah kereta ke, tak pun aku jumpa harta karun. aku memang selalu berangan. demm
terkadang kau mahu menjadi orang lain,
namun pernahkah kau fikirkan apa yang dia lalui?
No comments:
Post a Comment