cakap pasal video game console(vgc) ni mesti terbayang Sony PlayStation. kalau tak pun Gameboy. err, brick game tu boleh panggil vgc ke? haha
sebenarnya aku tak pernah berminat dengan vgc. bukan sebab aku cerewet nak benda real tapi sebab memang aku dibesarkan tanpa mereka semua. aku tak pernah ada Gameboy pun. memang sedih, tapi itulah hakikatnya.
masa zaman sekolah dulu, biasanya pada minggu-minggu terakhir persekolahan, semua nak bawak dorang punya game. aku? main terup je la. bukan main poker and those things, tapi main yang tepuk-tepuk untuk terbalikkan kad tu. memang judi sungguh. whatthe T_T
masa tu aku tahu benda tu haram. well, it’s obvious yang benda tu judi. walaupun tak berkenaan dengan duit atau benda berharga yang lain, tapi sama je la. siapa yang dapat terbalikkan kad tu, dia menang. but it’s fun! haremm ok cukup cerita zaman kejahilan.
memang banyak cerita tentang vgc ni. yang paling membekas dalam ingatan, aku gaduh dengan sorang budak India sebab Gameboy. masa tu aku sangat eager(sesuai ke perkataan ni?) untuk mencubanya. memang kalau dapat rasa macam dapat ayam golek semasa lapar. haha
benda tu kawan aku punya. dan kawan-kawan aku beserta kawan-kawan dia berkerumun melihat dia bermain satu game ni aku lupa namanya. yang penting untuk umur aku, sangat exciting! then we wait for the chance to get a hold of it.
akhirnya, masa yang dinantikan tiba. aku dengan sangat excitednya nak ambil daripada pemiliknya, tetapi dengan sangat cepat lagi pantas ada orang yang ambil dulu. dah dapat tu dia jalan-jalan pula mengelak daripada aku. cis
disebabkan ketidakmatangan aku pada waktu itu, aku pun cuba rampas daripada dia. rampas punya rampas then aku tak tahu macam mana, kitorang bergaduh. dah tu ada orang report kat cikgu pula. memang hari yang malang. bagai jatuh ditimpa tangga, aku kena rotan sebab bergaduh dan masih belum dapat main.
cukup cerita tersebut. hari ini aku dengan semangat baru akan berusaha untuk berubah! ya langkah pertama ialah kumpul duit untuk beli PS3. hahaha aku plan nak buat PS3 tu jadi desktop. dan kalau berjaya, memang bagus. tapi andai kata tidak berjaya, terpaksalah aku gunakannya sepertimana average people menggunakannya.
doakan kejayaan aku dalam misi terbaru ni :D
buat tengok movie pun best juga benda ni. kan?
No comments:
Post a Comment