aku tak tahu apa kaitan burj dubai dengan sekolah
hari ni hari pertama bagi sesi persekolahan 2012. sem 2 belum mula lagi. aku selamat. dan dengarnya seminggu lagi bari bermula. bertambah-tambah selamat rasanya. haha dah 30 bulan aku kat rumah. rasa macam baru beberapa minggu sebab cuma beberapa minggu je aku produktif. cehhh hari ni aku keseorangan lagi. kena tinggal rumah sorang-sorang. demm dah la aku penakut.
dan hari ini juga merupakan hari besar bagi sesetengah pelajar. tentunya mereka yang berada di prasekolah, taski, taska, tadika dan sebagainya, darjah satu dan juga tingkatan satu. hari yang mengangkat darjat mereka. sedikit lebih tinggi daripada sebelumnya. haha aku rasa mereka semua ni mesti eksaited gila. sebab aku dulu pun eksaited. ye ke Zaid? macam tipu je T_T
masa aku kecil dulu, aku selalu ikut kakak pergi taski. kadang-kadang aku masuk sekali. buat apa yang kakak buat, melukis, mewarna dan semua yang budak lain buat. memang seronok sebab budak baya aku yang lain semua kena duduk kat nurseri je. main dengan mainan yang regular dan membosankan. oh, so childish mereka tu. tapi biasanya aku kena halau dan kena duduk nurseri. kurang asam punya cikgu.
pernah satu hari tu aku kena halau dari kelas kakak. sedih gila. dalam kesedihan, aku pun main buaian. tapi aku tak tahu apa jadi lepas tu, tiba-tiba aku terlibat dalam satu perkelahian dengan budak yang nakal sangat sangat sangat. walaupun aku lebih tua, aku tak sampai hati nak pukul dia sebab aku dilimpahkan dengan perasaan kasih dalam diri. haha dan akibatnya, aku kena gigit kat lengan. berdarah dan meninggalkan parut. sampai sekarang aku ingat.
lepas tu masa aku masuk taski pada umur yang sepatutnya, aku jadi benci dengan taski. sebab dapat cikgu yang tak best. semua garang belaka. arghhh tension beb. aku paling tak suka masa belajar Qiraati. sebab aku ni pemalu. kena baca depan cikgu, memang aku tak suka. lagi pun kat rumah aku dah belajar dengan ummi. rasanya la. haha masa ni aku selalu kena marah sebab “suara macam semut”. oh, aku terlupa pasal Bacalah Anakku. tapi aku rasa aku bermasalah juga dalam part yang ni. haha
dua tahun kat taski, aku akhirnya pandai membaca dan menulis. tapi aku rasa aku pandai bukan sebab taski je, sebab ummi yang ajar. kasih ibu la katakan. haha
aku tak ingat sangat macam mana masa darjah satu. tapi apa yang aku pasti, aku ada terkena serangan penyakit masa awal-awal sekolah. so aku cuti dalam beberapa hari. tup-tup bila naik sekolah, aku jadi ketua kelas. perghh, panas je hati. aku bukan tak suka jadi orang ternama, cuma ada certain benda yang ketua kelas kena buat masa perhimpunan. aku tak tahu apa-apa pasal ni. memang malu la bila hari pertama(aku kurang ingat) dah kena ajar depan semua orang. T_T
setahun je aku belajar kat sini. darjah 2 aku terpaksa sekolah kat Kelantan. tapi lebih baik la. dapat cikgu lelaki. belajar pun agak main-main walaupun cikgunya agak garang. masa ni kawan-kawan aku agak berbeza dengan aku. dorang seems to be more , arghhh aku tak tahu la. yang penting lain dari segi perbadi. tapi dari segi keanakanakan, sama je.
lepas tu darjah tiga pindah lagi. sekolah kat kampung halaman. tapi sekejap je. dalam 5 bulan. masa kat sini aku masuk kelas 3 Melur. kawan yang aku ingat, Adan, Izhar, Murali dan ada lagi sorang tu aku ingat nama dia tapi dia agak rapat dengan aku sebab kitorang agak sama dari segi peribadi. budak tu aku rasa berketurunan Kemboja.
lepas 5 bulan tu, aku pindah Indonesia. kat sini pun aku sekejap je. dalam dua tahun. dorang punya sesi persekolahan mula Julai, kalau tak silap. jadi aku sempat bercuti sekejap la. sekolahnya agak dhaif. masa aku darjah tiga tu ada enam orang je yang sedarjah dengan aku. sedih kan. first day aku, kena belajar tulis latin. masa kat sini memang aku sangat hebat. belajar Math paling best. dorang punya Math advance sikit daripada kita kalau ikut bandingan umur.
kat sini aku belajar bahasa jawa. tapi sejujurnya, aku tak tahu apa yang aku belajar. adalah huruf-huruf jawa tu beserta bunyinya, tapi aku hairan sebab ada bunyi dalam bahasa jawa yang aku guna tak ada dalam apa yang aku belajar. jadi aku mengkonklusikan subjek tu tak guna dan tak penting. haha aku lebih banyak main masa sekolah kat sini. ada satu test tu ada test bahasa inggeris. tapi malangnya, satu benda pun aku tak tahu. aku rasa soalan dia senang sangat. dan aku pasti kalau aku bagi soalan tu kat adik bongsu aku masa umur dia 6 tahun, dia boleh dapat full mark. tapi aku masa tu apa pun tak boleh. T_T
dan selepas itu aku kembali ke Malaysia dan menyambung persekolahan kat sekolah yang aku tinggalakan masa aku berumur 9 tahun tu. aku terkena culture shock kejap sebab bahasa Melayu aku karat, BI aku tak tahu apa-apa sejarah Malaysia, geografi Malaysia, semua aku tak tahu. jadi aku terpaksa bermula dari awal. Alhamdulillah math aku ok sikit. sikit je la tapinya –__-
aku malas nak sambung lagi. hehe
kepada yang bersekolah, selamat bersekolah :)
“A man who has never gone to school may steal from a freight car; but if he has a university education, he may steal the whole railroad.” - Theodore Roosevelt
No comments:
Post a Comment