nama aku Zaid. aku termasuk dalam kalangan orang yang tak suka bersosial. bukan introvert, cuma , ah hampir kepada introvert. aku sangat tak gemarkan perkara-perkara sosial. namun begitu, terkadang terpaksa juga aku bersosial kerana aku tahu aku manusia dan semua manusia perlu bersosial sebab no man is an island, ok fine T_T
maksud bersosial yang aku tak suka ni adalah bergaul dengan orang yang aku anggap sebagai kenalan dan juga orang yang tak masuk mana-mana kategori selain orang yang aku tak kenal. kenalan pula adalah orang yang aku tak rapat, tak lebih daripada 5 kali perbualan dalam masa setahun. kenalan ni boleh jadi orang yang aku jumpa setiap hari, tapi memang tak bertegur sapa, kecuali salam, tu pun jarang. kenalan juga boleh jadi orang yang aku kenal dan jarang jumpa. memang sebab aku tak nak jumpa. haha
orang yang aku tak kenal pula adalah orang-orang yang aku memang tak kenal. contohnya, nak bagi contoh pun tak tahu. sebab aku memang tak kenal. haha mereka ni boleh jadi orang yang aku tahu nama dia, tapi aku tak nak kenal dia dan aku tak nak memang tak nak berbual dengan dia.
back to topic, sebab aku tak suka bersosial. baik aku buat list perkara yang aku tak suka
-orang yang suka tanya perkara-perkara berkenaan hidup aku yang aku memang tak nak cerita. bila aku dah tanya, mula lah nak bagi pendapat bagai. memang aku nak dengar. aku bukan nak cakap aku tahu semua benda, tapi memang hakikatnya, hampir semua pendapat dan nasihat yang dia akan cakap tu aku tahu dan aku tengah buat.
-orang yang suka mengutuk orang lain bila dia dengan aku. aku memang kritikal dan kadang-kadang aku pun kritik orang. tapi aku tetap tak suka perbuatan mengumpat ni. nak mengumpat sangat cari orang lain la.
-orang yang suka pakai barang aku macam harta sendiri. kalau nak pakai boleh, tapi pastikan jaga benda tu macam aku jaga. rule nak pinjam barang, kau tak ada benda tu, kau tak ada duit nak beli benda tu dan kau jaga barang tu. kalau rasa nak jahanamkan barang orang lain, beli dulu yang baru sebagai ganti.
-orang yang banyak cakap. setiap masa nak cakap. apa dia ingat aku tak ada benda nak fikir ke? aku lebih suka baring atas katil sorang-sorang tak buat apa-apa daripada dengar orang membebel perkara yang tak ada kaitan langsung dengan aku dan aku memang tak minat.
ah tu je lah. tulis banyak-banyak nanti kawan pun aku hilang. oh, bagi aku kawan adalah orang yang kau tak perlu tanya kabar setiap minggu. yang penting bila kau perlukan dia, dia ada masa untuk kau. kalau kawan aku yang buat benda-benda atas ni, aku cakap je aku tak suka. tapi nak cakap benda yang sama pada orang lain? haih T_T
No comments:
Post a Comment