ego? apa benda ego ni? kenapa semua orang sebok sangat pasal dia?
ego adalah perasaan yakin pada diri sendiri secara mudahnya. walaupun ianya positif, tidak bermakna terlalu banyak ego ini juga baik kepada kita. maknanya, kalau ego terlebih, kurang-kurangkan lah. kita bukan hidup sendiri kat dunia ni.
seseorang yang egoistik bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. bagi dia semuanya yang dia buat kerana diri sendiri, dia mesti yang utama. orang lain kena dengar cakap dia. kalau dia betul dia betul, kalau dia salah pun dia betul.
dan aku sangat sinonim dengan sifat egoistik. aku tahu banyak orang pandang aku macam tu. tapi sebenarnya aku cuma nak sesuatu yang aku dapat tu betul dan tak bercanggah dengan apa yang dah ada dalam memori aku.
salah ke kalau aku berdebat untuk mendapatkan kepastian? sebab sifat nak tahu aku sangat tinggi. sampai cikgu bio aku pernah cakap “dah lah Zaid, awak jangan tanya lagi.” sedih gila. aku tanya sebab aku nak belajar, salah ke?
aku tahu ego aku tinggi. dan aku tahu banyak orang tak suka aku sebab tu. dan aku tahu aku tak akan berubah kalau AKU sendiri tak ubah diri aku. tapi, salah ke kalau aku cuma nak kepastian?
No comments:
Post a Comment