gambar aku masa berumur 3 tahun. comel tak? haha
aku dilahirkan pada 3 jun. tarikh Hijrah aku lupa pula, aduh. sebelum aku lahir, umi1 dan abi2 dah ada anak. nama dia kakak3. so aku ni anak kedua la. haha. masa kecik-kecik dulu aku sangatlah comel, kurang comel berbanding sekarang, aku juga sangat tembam. umi kata kalau aku tak mengurus, aku dah obesiti sekarang. aku pun tak percaya. sebab sekarang ni aku kurus je. apalah nasib.
rumah aku masa tu kat bawah4, dekat dengan padang, dekat dengan kolam, dekat dengan sungai. masa muda aku memang sangat alami, sangat natural. kalau pagi-pagi hari cuti, aku akan pergi main lari-lari kat padang sebelah rumah dengan kakak aku.
biasanya kat padang tu ada sejenis cendawan yang sangat pelik bagi aku pada waktu tu. cendawan tu bila di pijak akan meletup! meletup kecik je, keluar asap. oleh kerana aku terlalu lah dungu, aku dan kawan-kawan menganggap cendawan tu tahi b***! haha bila fikir balik apa punya sengal aku ni.
kat padang ni juga aku selalu main telefon-telefon. ala, telefon yang buat pakai bekas aiskrim mangkuk tu. umi lah yang ajar. tapi lepas tu aku buat sendiri. aku kan cepat belajar. masa kecik dulu lah. sekarang dah kurang sikit.
pernah satu hari tu, aku main kumbang. aku ni memang explorace gila masa kecik. lepas tu umi marah. aku tak tahu pula kenapa aku di marah, umi cakap “kenapa main najis ayam tu?!” hahaha tu lah kepelikan aku, semua benda nak cuba. geli pun ada bila ingat balik.
aku pernah terkencing dalam seluar masa tengah main kat luar rumah. haha gila benor. dah besar Alhamdulillah tak jadi benda macam tu. aku juga pernah tidur sampai mata aku tak boleh buka sebab banyak sangat tahi mata. masa tu dah redha dah, buta pun tak pe. tapi aku bernasib baik. Alhamdulillah.
ni je la masa kecil aku. sikitnya? sebenarnya ni masa kecil aku kat rumah bawah. masa ni aku berumur 0 sampai 4 tahun kut. aku pun tak berapa ingat sangat. so, sambung nanti eh haha
footnote
1 Umi – mak aku
2 Abi – bapak aku
3 Kakak – kakak aku
4 rumah bawah – rumah pertama. kedudukannya di kaki bukit, hujung kampung
kecik kecik dulu aku suke panjat pokok . haha
ReplyDeleteNICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk
ReplyDeleteuish. dah macam baca text ape dah ada nombo² reference bagai neh. hehe.
ReplyDeletep/s:family ko tabligh eh?
wahhh ingat lagi eyhh zaman kecik2.....=) nice2...lol
ReplyDeletehehe. bleh ingt lg yer.. kalo mia, dh lpe smua.. :p
ReplyDeletenie masa gembira. mesti lah ingat. haha
ReplyDeleteMaicher, tak kut. kenapa?
ouh. takde ape. ingat kan tabligh.
ReplyDelete