Friday, December 21, 2012

Aku suka Ubuntu!

Assalamualaikum.

since aku dah sedar yang komputer aku ni tak layak dibuat main game, aku dah lama tak gunakan Windows. aku lebih suka gunakan Ubuntu. Ubuntu ni menarik, walaupun ada yang kureng sikit. alaa, benda percuma kan?

walaupun sebelum ni aku pengguna Windows, ada beberapa perkara yang membuatkan aku lebih suka pada Ubuntu berbanding Windows. walaupun hanya beberapa, perkara-perkara ni sangat memainkan peranan dalam menentukan pilihan aku. cewah

perkara pertama dan yang paling aku suka: boleh skrol mana-mana window tanpa perlu fokus! maksudnya kat sini, aku boleh skrol mana-mana window yang boleh diskrol tanpa perlu tekan window tu dulu. memang terbaik la yang ni. kat Windows aku tak tahu la boleh ke tak, tapi sepanjang aku guna, memang tak boleh pun.

kedua: default command line interface dia, Terminal sangat jauh lebih menarik berbanding cmd. sedap mata memandang. haha

ketiganya, aku rasa aku tak ingat dah apa yang beza. haha
keterangan gambar: aku boleh skrol process list tu dan page Twitter tanpa perlu klik pada tetingkap mereka terlebih dahula macam dalam Windows. jadi aku boleh terus fokus pada Terminal.
sekian. terima kasih kerana membaca dan minta maaf kerana buang masa.

No comments:

Post a Comment