Assalamualaikum
aku rasa dah lama aku tak mulakan entri dengan perkataan salam kan. memang lama sangat. tapi disebabkan emosi aku yang kurang baik bak orang datang matahari, aku buat, untuk redakan kemarahan.
aku tak puas hati sangat bila aku buat something, then ada orang cakap,
wei, mat! suka hati kau je kan nak buat apa yang kau suka? kau ingat ni tempat kau? *dengan nada marah dan suara tinggi*
tak pun
bro, aku tahu kau nak buat benda elok, tapi ni bukan caranya. jangan la susahkan orang lain, aku tahu kan nak senangkan diri sendiri, tapi ni salah, bro.
dan bermacam-macam lagi
memang panas hati dengar kata-kata nasihat begini. apa dorang ingat dorang hebat sangat boleh sesuka hati nak tegur orang? dorang ingat dorang pandai sangat? suci sangat tak pernah buat salah? puih
aku pun boleh buat baik kalau aku nak. tapi belum sampai masa je lagi. kalau orang perempuan boleh bagi alasan tak pakai tudung sebab tak dapat hidayah, aku pun boleh la kan?
aku tak cakap aku lagi hebat daripada dorang tu. aku tahu dorang belajar lagi tinggi daripada aku. tapi tak boleh ke tengok aku senang? bukan aku kacau hidup dorang pun. haihh
suka hati aku la nak tidur tengah jalan ke, ngurat awek lalu lalang ke, lepak depan mall ke. ada aku susahkan orang lain? TAK SUKA TENGOK, TUTUP MATA LA
entri sarkastik. sila jangan komen "lebih baik awak bertaubat, awak memang tak susahkan orang, tapi awak memalukan agama, bangsa dan negara." atau "kau ingat kau hebat nak tegur orang lain?" atau " orang kalau dah kurang ajar memang tak makan diajar." atau apa-apa nasihat yang bukan sepatutnya ditujukan kepada aku. lebih baik korang pergi bagi nasihat kat blogger yang tak reti tulis saya...terima kasih kerana membaca
maaf sekiranya entri ini agak kurang menarik. sebabnya mungkin sekali kerana tiada kata dua diberikan. maksudnya tak diedit la
No comments:
Post a Comment