Sunday, December 18, 2011

dapatkan pengikut dengan cepat. serius

semua orang nak ada pengikut. dah la nak ada, nak banyak pulak tu. memang benda ni ada dalam hati setiap manusia. kalau takde dalam hatimu, jangan mengaku manusia. haha

apa guna ada pengikut yang banyak? atau dalam bahasa inggerisnyam what can i get if i get numerous followers? *kenapa aku rasa macam tak kena translatioan aku? haha lantak la.

banyak kelebihan banyak pengikut ni. malas aku nak listkan. tapi boleh bagi sedikit sedutan daripada yang banyak tersebut. pertama, bila kita dalam masalah, akan ada orang yang peduli. semua pengikut akan rasa terkesan bila orang yang dikuti terkena masalah kan. kedua, bila kita tak ada masalah, kita boleh buat masalah, ye, bersama-sama pengikut kita. haha

kalau dalam dunia jenayah siber, dia tak guna pengikut, guna bot. ada orang tak tahu pun komputer dia bot. kesian... apa guna bot banyak-banyak? buat DOS attack la. Google pun boleh tumbang!

cukup dengan kelebihan pegikut, mari kita ketahui cara berkesan untuk mendapatkan pengikut. hehe

gunakan kekerasan dan kekejaman

dengan cara menyiksa sesiap yang tidak mahu mengikut kita. ni masa zaman raja-raja kejam jahat lagi zalim macam firaun dulu selalu jadi. sapa tak ikut dia, mampus hangus kena bakar. tapi zaman sekarang punya agak kurang zalim, kita ugut je. kalau dia tak nak ikut kita, ugut culik adik dia ke, makwe dia ke. hehe

gunakan cara psikologi

yang ni agak baik dan lembut. kita buat dia rasa kita ni 'malaikat' dia. tolong dia, bagi duit setiap minggu. kalau kaya, setiap hari, lebih cepat kesannya. orang yang kena serang secara psikologi ni agak setia. dan agak susah nak cari yang betray ketua. sebab orang dah buat baik kat dia, takkan nak bagi salakan je kan? memang macam anjing

gunakan duit

yang ni tak sama dengan yang atas ni. tapi masih dalam menanam budi. kalau kita banyak bagi dia duit, dia akan terhutang budi. kalau dia jenis kaki kikis, laksanakan langkah kejam lagi ganas yang kat atas tu

tunjukkan kasih sayang

tunjukkan kasih sayang? err lain macam je. T_T maksudnya tunjukkan apa baikknya dorang jadi pengikut kita. hormati pengikut. macam Fernandes. orang kata semua pekerja dia kenal. memang orang respect gila kat dia. orang kata la. macam ni bagus juga.

gunakan cara terpuji, tunjukkan kebaikan

ni biasanya orang-orang ilmu dia tinggi. macam Rasulullah. dan banyak lagi. seperti Wali Songo, Imam Empat(imam empat?), dan sebagainya. yang ni ada kelebihannya, orang ikut secara ikhlas. dan bila kita dalam kesusahan, memang akan ada orang tolong kita.

itu je kut. kalau rasa nak tambah, boleh la letak kan tempat komen

mengikuti atau diikuti,
ianya pilihan kita
took 20 minutes to get the right picture, don't think find one T_T

No comments:

Post a Comment