Thursday, March 22, 2012

Alanghe Riapa II

Saudara, maaf saya dah lama tak menghubungi saudara. Bagaimana dengan kehidupan saudara? Saya disini sihat-sihat sahaja. Oh… lupa saya untuk memeberitahu saudara yang penyakit lembu gila disini sudah pun mereda. Syukurlah. Apa yang penting sekarang ialah, saya sudah mampu berdiri diatas kaki sendiri.

Saudara, saya amat berharap agar saya dapat bertemu dengan saudara setelah sekian lama kita tidak berjumpa. Dengar-dengar sekarang sudah ada kenderaan yang sudah boleh terbang ditempat saudara, benarkah? Bolehlah saudara menaiki kenderaan tersebut tanpa bersusah payah menahan loya dengan menaiki kapal selam lagi, betul tak? (betol..betol..betol… <versi upin & ipin>)

Saya sebenarnya ingin belajar tentang banyak perkara daripada saudara, memandangkan saudara mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding saya. Sebagai contohnya berkenaan dengan kenderaan yang boleh terbang tadi, saya dengar orang-orang kampong kita memanggilnya dengan panggilan “ belon terbang” benarkah itu? Saya berasa kurang yakin dengan panggilan yang mereka gunakan.. ingatkah saudara tentang kisah 10 tahun lalu, ketika mula-mula kereta diperkenalkan, pada waktu itu kita baru berusia enam tahun, betapa jahilnya kita apabila mencontohi panggilan orang-orang kampong terhadap kenderaan tersebut, mereka memanggilnya dengan “lembu kaki bulat” ingatkah saudara akan peristiwa ini? Pastinya sekarang saudara akan berasa seperti orang yang paling b…. dalam dunia ini.. ah, tidak mengapalah, kerana pada waktu itu tidak banyak orang yang memiliki ilmu, lebih-lebih lagi kita yang baru berusia setahun jagung.

Saudara baru sebentar tadi saya menerima panggilan daripada bonda saudara, katanya kirim salam pada saudara sekiranya saya berhubungan dengan saudara.. ah… saya jadi teringat akan bonda yang telah sekian lama saya tinggalkan bonda kerana terikat dengan jadual kerja yang tidak menentu.

Untuk pengetahuan saudara, pada awalnya, bonda tidak merestui saya untuk pergi berjauhan darinya memandangkan saya seorang perempuan. Saya jelaskan padanya yang sekarang zaman sudah pun berubah, untuk pergi ke Bandar kita tidak lagi perlu menaiki kereta lembu… saya katakana padanya yang saya akan baik-baik sahaja selama berada ditempat orang.. insyaAllah..

Saudara kenapa terkadang kita rasa seperti semua orang mengkhianati kita? Saya berasa seperti ingin lari daripada situasi ini. Perjalanan hidup terasa sangat melelahkan. Saudara, terkadang saya rasa seperti ingin mencekik mereka yang suka mengambil kesempatan terhadap orang yang tak sepatutnya.

Maaf kerana sudah lama tidak mengirimkan khabar , saya agak busy memandangkan hari kemerdekaan sedunia akan tiba tak lama lagi…

Walaupun Negara kita telah lama mengecap kemerdekaan,


21/05/2009
karya ni bukan aku yang buat. tak tahu lah siapa yang buat. rasanya kakak aku. hahaha
rasanya karya ni pun tak habis T_T

1 comment:

  1. Hahaha. Rasa pelik bila baca tulisan sendiri. Jumpa mana hah?

    ReplyDelete