Tuesday, March 20, 2012

Alanghe Riapa I

Assalamualaikum, apa khabar saudara di sana? saya di sini sihat, Alhamdulillah..

Bagaimana dengan pelajaran saudara? sudah luluskah? atau masih dalam proses pembelajaran lagi?

Saya di sini berasa khawatir akan kesihatan saudara, kerana apa? kerana di sini sudah ramai dari kalangan rakan-rakan kita yang terkena serangan penyakit lembu gila, ataupu jika disebut di Negara tempat saudara belajar, ‘alanghe riapa’. begitulah keadaannya saudara, harap maaf sekiranya saya membuat saudara berasa susah hati…

Saudara, saya disini berasa kasihan dengan saudara yang terpaksa pergi ke luar Negara untuk menuntut ilmu, akan tetapi, apakan daya, saudara terlalu genius untuk menuntut ilmu di negara kita ini…

Sepanjang ketiadaan saudara, saya berasa sungguh kehilangan, bukannya apa, selama ini saudaralah yang banyak membantu saya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru kita, sekarang, apakan daya(sekali lagi) tidak ada lagi orang yang dapat membantu saya menyelesaikan tugas-tugas sekolah. saya bukanlah bermaksud untuk membuat saudara susah hati, tidak, perkara ini telahpun saya uruskan dengan mengupah seorang “budak” bagi menyelesaikan tugas-tugas tersebut…

Sejak saudara pergi, banyak kejadian yang tidak dapat saya bayangkan terjadi, antaranya, saya tergolek ke dalam longkang di hujung kampong kita hanya gara-gara teringatkan saudara.. lihatlah betapa besarnya pengaruh saudara dalam hidup saya. oleh kerana saya terlalu rindu akan saudara, saya telahpun mengukir sebuah puisi khas buat saudara.

jika hari ini kau rindu akan seseorang,
tataplah langit di kegelapan malam,
nescaya akan terlihat bintang yang bersinar,
yang diantara gemilang cahayanya,
terdapat ukiran wajah yang kau rindui..

Bagaimana pendapat saudara tentang puisi ini? adakah ianya keterlaluan? puisi ini saya tujukan untuk bonda, tetapi saya tersalah tulis hingga termasuk kedalam surat saudara… (huhu… tak yah nak perasan la..)perkara ini terjadi kerana, saya tidak mempunyai pemadam cecair untuk memadam kesalahan tersebut.

Well, saya sekarang sudah menjadi seorang penulis sepenuh masa, hal ini kerana saya sudah habis menuntut ilmu, walaupun belum habis sepenuhnya, hal ini kerana saya sedang menunggu keputusan peperiksaan saya, lupakah saudara bahawa saya baru sahaja menyelesaikan peperiksaan saya, mungkin ditempat saudara tidak ada benda semacam itu, tapi saya yakin kalau saudara masih mengambil tahu tentang saya, right?

Saudara, sekarang saya sudah mampu untuk mengendalikan ingatan saya terhadap saudara, tidaklah saya tergolek ke dalam longkang lagi, memandangkan mata saya sudah terbuka dengan menyedari bahawa dunia ini bukanlah hanya berputar di sekeliling saya, saya ingin meminta maaf kepadamu, sahabatku. selama ini saya banyak menyakiti saudara walaupun saya tahu saudaralah satu-satunya sahabat saya… terkejut dengan pernyataan saya? lupakah saudara bahawa saya seorang yang suka bergurau? adakah saudara fikir saya menyesal dengan segala perbuatan saya, tidak!

Hal ini kerana saya rasa, perkara yang selalu saya lakukan terhadap saudara adalah satu tanda persahabatan kita.. saudara, tahukah saudara yang penyakit ‘alanghe riapa’ telah mengganas dengan menyerang manusia, dan antara simptom-simptomnya ialah, seseorang yang sudah terjangkit penyakit itu akan berjalan dengan menggunakan tangan mereka, bayangkanlah betapa seramnya keadaan disini, dan kalau diizinkan saya ingin menyusul saudara kesana, akan tetapi, bukankah itu adalah satu tindakan yang ‘manja’?

Walaupun saya terkenal dengan keganasan saya, tetapi penyakit yang jauh lebih ganas daripada saya ini berjaya membuatkan saya berasa lemah, oh tidak, adakah saya telah membuat saudara berasa susah hati?maaf, saya tidak bermaksud begitu, saya harap saudara tetap menumpukan perhatian saudara terhadap pembelajaran saudara. ah, mengapa saya berasa lemah dengan ujian ini? mengapa di saat saya memerlukan saudara, saudara pula berada di tempat yang sudah tentunya teramat jauh dari sini… ah,mengapa pula saya menjadi sebegini rapuh, nampaknya saya belum sepenuhnya berjaya menghapus jejak saudara dalam ingatan saya.

Ah,saya tidak menyangka yang saya akan begitu rindu akan saudara, tapi, apabila saya fikir-fikirkan semula, tidakkah hal itu amatlah memalukan? dan seperti yang saudara tahu bahawa saya memangnya seorang yang egois.

1 comment:

  1. kauu dah kenapa zaidddd ? hehehe weei mintak bagi pendapat pasal bajuu nii , thanks :) http://gadisbunga93.blogspot.com/2012/03/takan-hilang-melayu-di-dunia.html

    ReplyDelete