Tuesday, March 6, 2012

cara menghilangkan kesunyian.

image

semua orang pernah atau akan merasakan kesunyian. malangnya, tak banyak yang tahu cara nak mengatasa rasa kesunyian ni. yang bodoh lagi bangang, pastinya akan buat perkara bodoh seperti bergaul dengan orang-orang yang rosak lagi merosakkan. kalau yang semangat lemah, bunuh diri tepi jalan. biasa dah benda ni. kan? hahaha

aku bukannya seoreang pakar motivasi atau pakar kaunseling. tapi aku manusia biasa yang pernah merasakan kesunyian. sekarang pun aku tengah kesunyian. *damn T_T* oleh sebab yang demikian, aku mengambil keputusan untuk menerbitkan rencana(?) ini.

sebelum itu, marilah kita bersama-sama bertafakur seketika memikirkan kebaikan perasaan sunyi ni.

10…

9…

8…

7…

6…

5…

4…

3…

2…

1…

0…

dan akhirnya, aku dapat menkonklusikan sesungguhnya perasaan sunyi dalam diri adalah suatu perasaan yang tidak baik sama sekali. kalau ada kebaikannya, beritahu lah, sebab aku tengah blur. haha

jadi, mari kita teruskan dengan tujuan utama rencana ini. cara-caranya ialah:

1. Mainkan apa-apa fail media yang ada dalam komputer.

sebaiknya video yang berfaedah. jangan buka lagu metal, rock metal, death metal dan yang berkaitan yang akan menjadikan jiwa semakin kacau. jangan juga mendengarkan lagu yang jiwang terlebih yang boleh mengakibatkan anda merasa, “mengapa jalan hidupku telah dapat mereka jangkakan?!”. sesungguhnya lagu-lagu sebegini akan membuatkan anda bertambah sunyi. jangan juga tonton video/filem yang sedih-sedih. mainkan cerita yang lawak-lawak. mesti bahagia. hahaha

2. Lakukan perkara yang anda gemari

buatlah perkara-perkara berfaedah. hobi ke. kalau nak buat benda tak berfaedah pun boleh, tapi janganlah yang tersangat tak berfaedah. nanti susah sendiri. kalau apa yang korang suka tu buat korang rasa semakin sunyi, kesianlah. korang dah tak ada harapan kat dunia ni. hehehe

3. Cari kawan

kalau yang ada kawan tu, capai telefon genggam, dail lah kawan tersayang. pergi lepak kedai kopi berbual benda menarik contohnya bla, bla dan bla. dijamin akan mendatangkan kebahagian mutlak(tertakluk kepada waktu itu sahaja).

4. Cari teman berlainan jantina

yang ni aku tak nak komen. bahaya

5. Baca buku

siapa yang baca buku bila dia rasa sunyi? aku memang tak lah

6.  Abaikan perasaan tersebut

biasanya perasaan sunyi ni datang sebab kita pernah berpengalaman hidup bersama dengan seseorang atau ramai orang yang menggembirakan kita. jadi bila dah tinggal sendiri, memang secara autamatik akan rasa putus harapan. ciss

sebagai konklusi, aku nak minta maaf sebab dah buang masa sesiapa yang dah terbaca sampah ni. aku bosan. T_T

bagi yang sedang bermuram durja, kesunyian, tertekan dan sebagainya, bacalah al-Quran. bukan setakat boleh memberikan ketenangan malah lebih daripada itu.

Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.

3 comments:

  1. hi.thanks.. awak da buat saya sedikit rasa happy.. nice blog :)

    ReplyDelete
  2. sya stuju sgt yg no.6 tu

    ReplyDelete