Wednesday, April 11, 2012

friends before lovers

aku lebih rela kehilangan seorang kawan daripada seorang kekasih

betul ke ni yang dorang suka tulis? aku tak setuju dengan kata-kata hikmah ni. kenapa aku tak setuju? sebelum tu biar aku jelaskan maksud kawan dan kekasih. bagi aku (aku ulang, bagi aku) kawan bermaksud orang yang bila dia ada kita rasa selesa menjadi diri sendiri atau pun nak jadi ba*i manakala kekasih pula orang yang menyayangi dan mencintai. tapi aku rasa aku punya definisi bagi kedua-dua perkataan tu tak tepat. biarkan je lah. kalau sama je semua tak best lah kan. haha mungkin bagi orang yang tak rela kehilangan kawan ni, kekasih tu bermaksud orang berlainan jantina yang hanya dihubungkan dengan dia hanya dengan perasaaan cinta(?). kawan pula orang yang faham dia, sayang dia, terima dia seadanya, dan sebagainya.

jadi, apa yang aku tak setuju sangat? aku kritikal. semua benda tak puas hati. takde lah semua, tapi banyak. sebab aku tak setuju, kita semua nak jadi kekasih Allah, kekasih Rasulullah. tapi tu tak bermakna kita nak kahwin dengan Allah, dengan Rasulullah. kat sini menunjukkan bahawa kekasih adalah orang yang menyayangi dan mencintai dan tidak semestinya diiringi ingin bersama(dari segi perkahwinan dsgb). jadi, boleh jadi kawan yang kita tak nak lepaskan tu lebih berharga daripada kekasih yang kita sanggup lepaskan tu sebab kita sayang kawan kita lebih. sebab kawan kita tu lah kekasih sejati kita. cuma kita tak perasan sebab bagi kita kawan tu kawan, kekasih tu kekasih.

kalau tak faham fikir, kalau malas lupakan.

ps: semakin hari semakin tumpul daya berfikir aku. nak fikirkan ayat puitis pun tak mampu.

3 comments:

  1. ZAID AKU TAK FAHAMMM . hahahaha

    ReplyDelete
  2. patotlah orang kata mencintai tak semestinya memiliki. *eh*

    ReplyDelete
  3. nak kena baca lagi 2-3 kali untuk memahami .. hehe

    ReplyDelete