Saturday, May 22, 2010

pelajari dan kau akan mengerti

bahasa merupakan sebuah ciptaan yang sungguh unik dan hanya dapat difahami oleh mereka yang mempelajarinya.

begitu pun, masih ramai yang menjadi mangsa keegoan dan kesombongan diri seendiri. menganggap diri sudah begitu memahami bahasa yang diguna.

banyak di antara kita yang menggunakan perkataan yang tidak sewajarnya dalam pertuturan sehari-hari. saya mengaku, saya juga tidak terlepas daripada permasalahan ini. namun begitu, adakah wajar sekiranya perkataan-perkataan ini digunakan untukmenyampaikan idea?

contoh yang paling jelas ialah perkataan “jadah” dan “gampang”. pernahkah anda cuba untuk membuka kamus bahasa melayu dan mencari perkataan “zadah” atau “gampang”?

zadah dan gampang bermaksud anak luar nikah atau lebih ketara jika disebut dalam Bahasa Inggeris iaitu; whoreson atau bastard. maksud kedua-dua perkataan tersebut pula ialah “the illegitimate offspring of unmarried parents”.

mungkin bagi yang kurang mengerti anda pasti tertanya-tanya tanya apa hubungan “haram jadah” dengan “zadah”. pastinya, tiada kemusykilan yang timbul sekiranya anda adalah seorang yang suka belajar. janganlah menjadi orang yang mengikut tanpa membantah bagai lembu dicucuk hidung.

 

don’t forget to give a comment. ;)

4 comments: