Sunday, August 21, 2011

rindu itu indah

pernahkah anda merasa rindu? pada sesuatu, seseorang atau apa-apa lagi yang satu lah. pastinya pernah bukan? jangan tipu. berdosa. apa sebenarnya rindu? kenapa kita merasa rindu? apa gunanya rindu? kenapa kadang-kadang rindu sangat menyakitkan?

#menurut Kkamus Dewan Edisi Keempat: Rindu bermaksud ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang. perasaan rindu ni sering dikaitkan dengan cinta. cinta secara mudahnya bermaksud sangat suka. bila kita cinta pada sesuatu, secara automatik kita akan mula merasa rindu padanya.

#kenapa kita merasa rindu? sebenarnya perasaan rindu ni datang bila kita dah lama tak jumpa/nampak sesuatu/seseorang tu.

#apa gunanya rindu? tanpa rindu sesungguhnya kita akan mudah lupa!

#tapi, kenapa kadang-kadang rindu menyakitkan? rindu ni hanya menyakitkan bila kita terlalu rindu tapi kita rasa kita tak akan jumpa atau nampak yang kita rindu tu untuk suatu jangka masa yang panjang.

#kalau kita tak pernah rasa rindu, memang kesian. rindu yang mengingatkan kita pada masa lalu, menjadi peringatan, pengajaran. rindu adalah suatu perasaan yang sangat indah, tanpa rindu cinta tiada makna, tanpa rindu penantian tiada warna.

aku rindu pada mereka semua

#kawan-kawan,
#abang-abang,
#kakak-kakak,
#masa lalu,
#jalan-jalan,
#pokok-pokok,
#bunga-bunga,
#rumah-rumah,
#perjalanan-perjalanan,
#guru-guru,
#kelas-kelas,
dan semua yang pernah hadir dalam hidup ini, aku tidak meminta agar ianya kembali, tapi cukupluh bagiku untuk terus merindui, kerana rindu mengajar aku untuk melepaskan, dan mengasihi.

No comments:

Post a Comment