Sunday, August 7, 2011

Ramadan the 6th

Alhamdulillah. masih aku diberi kesempatan untuk berpuasa.

hari ni aku plan nak pergi ziarah my sister, Asmaa(yang semua orang suka tu), kat rumah dia. ceruk mana aku pun tak tahu. pukul 1530 aku gerak keluar dari UIA, naik bas turun kat stesen LRT berhampiran. beli tiket, turun kat Masjid Jamek, *** belum apa2 dia dah susahkan aku. lepas tu naik LRT lagi, turun kat bandaraya. naik LRT lagi, kalau boleh FLY kan best! hahaha! dah sampai bandaraya, naik bas lagi, adehhh.. naik bas kena cas RM3, mahal gila.. T_T satu trip gi rumah dia telan RM6.20! pergi balik dah RM12.40, aku ni student je, RM5 pun dah kira mahal.. haha pukul 1640 more or less, sampai lah aku.. aku sampai masa Azan, so terus pergi masjid.. lepas solat naik escalator ke tingkat LAPAN. nasib baik tak kena naik tangga!

first thing yang aku buat bila jumpa dia, mintak Naruto Shippuuden ep71-ep100. lepas tu mintak movie, tapi apa bendanya, dia bagi drama2 pelek, ingat aku minat ke?! then she show the book “40 Hadis Palsu Popular”, kat situ lah aku banyak dapat info yang memang orang Melayu ni tenggelam dalam kepalsuan.. huh, sedih.. then kita berbual je la,, sampai pukul 1745 dia nak mandi, aku pergi masjid balik, tunggu dia mandi. leas tu kita orang pergi buka kat kedai berhampiran.

lepas Maghrib, tibalah masa yang paling meruntun jiwa. aku tunggu bas lama gila, huh, memang lama gila. aku yang penyabar pun tak sabar! after sometime, aku decide pergi tunggu kat tempat lain, masa tu lah bas lalu tempat tu! CHEIST! bas tu tak nampak aku terkejar2 dia.. haiz.. takpelah, dah nasib.. aku redha.. then tunggu lagi, sampai lah Isya’, bas tak datang lagi, aku pun decide pergi solat dulu.. masa aku baca al-Fatihah, memang tak khusyu’, aku nampak ada bas lalu lagi! perghhhhhhhh,, sabar je..

lepas solat aku naik teksi dengan my sis and her friend, naik teksi sampai kena charge RM 10, tapi tak sampai stesen LRT lagi, panassss je.. dia ngan kawan dia rasa pakcik tu tipu, so diaorang mintak turun, naik teksi lain pergi Taman Melati.. apalah naseb, dah pukul 21 lebih.. naik LRT sesama, aku pergi Universiti dioarang pergi Masjid Jamek, what a night kan? pukul 22 lebih baru sampai Universiti, tunggu bas, banyak pula yang senasib dengan aku, lega sikit. sampai pukul 23 dah, aku pun apa lagi, terbang masuk bilik lah!

 

*happy dapat berbuka dengan kakak. :)

No comments:

Post a Comment