Friday, October 14, 2011

bersyukurlah dengan apa yang kita ada

kadang-kadang dalam hidup ni kita akan rasa kekurangan. kekurangan cinta, kekurangan harta, kekurangan kawan dan sahabat, kekurangan ilmu. kadang-kadang kita rasa cemburu bila tengok wajah-wajah orang kaya raya. duit banyak-banyak buat apa, bukan boleh bawa masuk kubur pun – kita fikir.

kadang-kadang kita rasa Allah tak adil. kenapa tak semua orang dalam dunia ni kaya?kenapa manusia mesti ada rasa benci? kalau memang Allah sayang kita, kenapa kita ada perasaan negatif?

kadang-kadang kita terlalu banyak mengeluh, terlalu banyak berburuk sangka, terlalu benci pada kelebihan orang lain. kenapa kita mesti susah sedangkan dia boleh beli apa yang dia nak? kenapa kita tak dapat bersenang macam orang lain?

kadang-kadang kita rasa semua orang bencikan kita. semua orang tak suka kita. kita rasa kewujudan kita tak memberi makna sedikit pun kepada sesiapa. kalau kita tak wujud sekali pun mungkin tiada apa yang berubah. kadang-kadang kita rasa kita tak berguna.

berhentilah. semua persoalan tu datangnya dari nafsu. dari syaitan laknatuLlah. kalau korang rasa korang sayang pada Allah, sayang pada pada diri sendiri, berhenti mengeluh, bersyukurlah. kalau kita rasa kita punya nasib malang, ingatlah pada mereka yang tinggal di zon perang.

Allah tak pernah salah. kalau terlintas dihati perasaan cemburu pada kesenangan dunia, ingatlah dunia hanya tempat kita bermimpi. kalau rasa kita dibenci, ingatlah, ada yang termapaksa hidup sebatang kara. kalau selalu rasa diri tak berharga, ingatlah, roh kita tak akan hilang dan akan terus hidup – sama ada di syurga atau di neraka,

bersyukurlah kerana kita masih berpeluang untuk hidup. walaupun hidup kita tidak seindah orang lain, ingatlah pada bayi-bayi tidak berdosa yang dibunuh setiap hari. yang tidak pernah berpeluang melihat dunia. tidak pernah berpeluang menikmati keindahan dunia.

sesungguhnya senang itu musibah, sesungguhnya susah itu musibah. banyak orang ingat pada Allah ketika susah, dan lupa padaNya dikala senang.

لا تحزن

2 comments:

  1. sedarlah kekayaan kat dunia ni bukannya kekal pun..:)

    ReplyDelete
  2. Dan sepatutnya manusia mengejar kekayaan akhirat yang kekal abadi. :)

    ReplyDelete