gossip yang aku maksudkan di sini adalah ura-ura, rumors, cerita hangat dan sebagainya. menipu lah kalau tak pernah bergosip. kalau betul tak pernah, kau memang hebat!
gambar ‘state of the art’ yang aku maksudkan pula adalah gambar-gambar panas, seksi lagi mengancam yang sedang dengan seronoknya berlegar di laman-laman sesawang terkenal. kalau dah terkenal aku tak perlu bagi contoh la kan?
tapi apehal aku sebok dengan dua benda ni? haha aku memang pelik. jangan marah haha sebenarnya aku kurang berpuas hati dengan sikap masyarakat kita yang terlalu sambil lewa dalam bermasyarakat. macam aku baik sangat
sebenarnya aku rasa tak puas hati sangat sebab semua orang tahu menabur fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. manakala mengumpat pula bagai meratah daging saudaranya. kalau silap tolong betulkan. aku tak ada rujukan sekarang
yang menjadi persoalannya, kenapa penyebaran gambar ‘state of the art’ ni lebih kurang digemari berbanding bergosip? bukan ke secara tak langsungnya kita dah memilih untuk membunuh, tanpa sebab. kan? dah la dosa membunuh tu besar
memang betul kita tak patut membuka aib orang, tetapi sesungguhnya sekiranya hanya dua pilihan yang diberi, bukankah lebih baik kita sebarkan gambar yang pasti, berbanding gossip yang hanya gossip?
No comments:
Post a Comment