aku tak ingat bila aku sekeluarga pindah rumah atas. perpindahan yang terjadi tidak mengubah apa-apa bagi aku. cuma aku jauh sikit dengan rumah pak Zain. so, kurang dapat pergi ‘zoo’. haha
rumah atas ni rumah yang paling tinggi kedudukannya kat kampung aku. sebab tu aku panggil rumah atas. rumah ni tak besar pun cukup-cukup je untuk kitorang sekeluarga. tapi saiz tak penting kut bagi aku. sebab bagi aku kebahagiaan tu yang lebih penting.
rumah ni ada 2 je bilik. depan dan belakang. aku dengan kakak tidur kat bilik depan, kalau tak salah la. umi dengan abi kat belakang. kadang-kadang tu takut juga. sebelah rumah ladang kelapa sawit. dengan bunyi yang macam-macam bila malam. huh
masa kat rumah atas ni aku ingat lagi, masa kat sini lah aku membesar. dan yang paling penting, masa-masa paling manis dalam hidup aku. aku dapat ingat hampir semua yang berlaku kat rumah ni. termasuklah kucing belang-belang peliharaan kitorang.
rupa kucing tu lebih kurang macam ni
kucing tu sebenarnya bukan kitorang punya, dia tetiba ada. yang aku ingat kucing tu jantan, besar – sebab masa tu aku kecik lagi. jinak gila, kalau dia nak buang hajat, dia tak akan buang berhampiran rumah. ini yang paling best pasal dia. haha
pernah satu hari tu ada kucing lain datang rumah dan cuba makan makanan dia. lepas tu aku tak tahu apa jadi, dia boleh pula main kejar-kejar dengan kucing tu. keluar pintu depan, masuk balik pintu belakang sampai beberapa kali dua kucing tu dah tawaf rumah aku, baru dorang pergi lari ke padang.
kucing tu kucing first aku. sayang gila. sebab dia selalu ada. tapi kitorang terpaksa buang dia masa nak pindah ke Kelantan
masa kat rumah atas ni juga lah abi selalu ada dengan aku. kadang-kadang aku ikut abi jogging. tak tahu jogging ke mana, aku ikut je. yang penting seronok. kalau aku penat abi akan encang aku. haha, best tau tak.
aku ingat lagi aku dengan abi pernah cuci periuk dengan cerek dekat depan rumah. guna pasir sebab dah hangus gila. kat depan rumah atas ada tangki air, so masa aair penuh dan melimpah ruah tu la kitorang cuci dan sental barang dapur yang hangus tu.
kat depan tu juga aku belajar bercucuk tanam. aku tak tahu lah kenapa sebagai budak-budak, aku suka gila tanam pokok. bila pokok tu hidup, aku tunjuk umi rasa bahagia je bila dapat buat benda tu hidup dan tak mati macam kakak. haha tapi abang apis suka kenakan aku. dia cakap mana ada orang tanam pokok pakai pasir. sebab masa ni aku tanam pokok pakai pasir je. hahaha
tapi aku peduli apa, selagi pokok tu hidup, aku dah anggap diri aku berjaya. pokok yang aku tanam biasanya bawang, halia, lengkuas dan aku tak ingat lagi. tapi semua yang memang senang nak tanam la. haha
hargai apa yang kau miliki kerana bukan semua pernah memilikinya
No comments:
Post a Comment