Saturday, November 26, 2011

kau terjerit-jerit apesal?

korang mesti pernah berhadapan dengan orang yang kalau cakap nak jerit-jerit. tak tahu lah sama ada dia pekak atau korang yang pekak. haha atau korang sendiri pun mesti pernah jerit kat orang.

sebenarnya kelakuan jerit-menjerit ni sungguh tak mulia. memang tak molek la. semua orang tak suka. kan elok kalau sesuatu perbualan tu lemah lembut, penuh sopan santun dan rasa hormat menghormati. mesti semua mesej dapat disampaikan dan diterima dengan lebih efektif.

kalau berhadapan dengan orang macam ni, secara automatik kita juga akan meninggikan suara. kerana ego. tak nak la orang jerit-jerit kat kita, drawing attention from nearby people kan. malu~ kalau macam tu, ubah la sikap. rendahkan suara, lunakkan suara. semua orang suka kepada kelemahlembutan. jangan gedik sudah. yang penting orang suka.

dalam kesempatan yang ada ni, aku nak tunjuk gambar yang aku ambil daripada Yahoo:

Using all caps can be perceived as shouting

MAKSUD DIA, KALAU GUNA HURUF BESAR UNTUK TULIS SESUATU ORANG AKAN ANGGAP KAU MENJERIT, DAN TAK SOPAN. ada efek tak? hehe tapi kalau memang dah semua benda huruf besar, tak kesah sangat. yang kesahnya bila ‘kadang kala’ je huruf besar. tu yang menimbulkan rasa kurang selesa. lagi-lagi kalau tengah chat ke. fuh, memang terasa. haha

No comments:

Post a Comment