oh, tajuk aku tak betul dari sisi tatabahasa. ‘dan’ adalah antara perkataan yang tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. takpe lah, that’s not the case. yang masalahnya sekarang, orang kita tak boleh terima kemajuan! macam mana Malaysia nak maju?
kemajuan yang aku maksudkan di sini bukanlah kemajuan yang ada dalam minda korang. hehe, macam aku tahu apa korang fikir. ok lupakan.
kemajuan yang aku maksudkan bukanlan kemajuan dengan adanya bangunan yang tinggi macam dalam Tron, atau istana di gunung macam dalam The Lord Of The Ring. kemajuan sebegini sudah tentunya menjadi idaman semua kan. hehe
bukan juga kemajuan dari segi memiliki tandas yang bersih, kemas, cantik menarik tak mahal dan tak berbau. bukan. kemajuan ini juga menjadi idaman semua. malah, tanpa kemajuan yang satu ini, kemajuan yang pertama tadi tiada arti.
kemajuan yang aku maksudkan adalah kemajuan yang berlaku setelah sesuatu kemajuan berlaku. kemajuan yang berlaku atau inovasi ini sesungguhnya mempunyai penentangnya sendiri. malah ada yang menganggap inovasi adalah perosak ketulenan. aku tahu ayat aku macam apa
sebenarnya sejak zaman MySpace lagi aku dah nampak perkara ni. masa MySpace mula-mula naik dulu, memang banyak user. jangan cakap la. Facebook dorang pandang sebelah mata je. atau mungkin tak pandang langsung!
aku guna MySpace masa tahun 2008. aku rasa la, tak pun lebih awal lagi. then masa Facebook baru sampai Malaysia, aku register. tapi tak guna pun. sebab tumpuan masih di MySpace. Twitter jangan cakap, sunyi sepi je.
then one day, miracle happen. MySpace upgrade. dan semua (hampir semua) orang yang ada kat friend list aku tak suka akan perubahan ni. siap buat event lagi. “we want old myspace” and whatever. memenag hairan aku. kan ke inovasi tu bagus?
malangnya MySpace ambil risiko untuk abaikan semua tu. atas sebab ini, pengguna mula beralih arah ke Facebook. walaupun Facebook tak bagi pengguna personalize profile page, aku tak faham kenapa Facebook lebih meletopp berbanding MySpace.
then one day, miracle happen. Facebook upgrade. dan semua (hampir semua) orang yang ada kat friend list aku dan yang tak ada tak suka akan perubahan ni. siap buat forum tak rasmi lagi. kononnya privacy kurang diberi tumpuan.
memenag hairan aku. kan ke inovasi tu bagus?
aku dah tersasar.
apa yang aku nak sampaikan, kenapa orang kita susah sangat nak terima perubahan dan inovasi? bukan ke semua inovasi dan perubahan ni bersebab? kalau perubahan yang tak ada kene mengena dengan hidup mereka pun mereka sukar untuk terima, memang tak hairan mengapa mereka sukar mengubah diri sendiri.
gambar kat atas tu nak menunjukkan inovasi dan kemajuan biasanya bertentangan dengan cara pemikiran majoriti. kalau nak maju, kena berani terima perubahan.
accept the change or forget the chance
No comments:
Post a Comment