kenapa aku buat post pasal telekung ni? pelik betul lah cita rasa aku cuti ni kan. aku rasa aku semakin hari semakin pelik. dan semakin pelik. tah sampai bila aku nak berhenti jadi pelik aku pun tak pasti. tapi apa yang aku pasti, mereka yang buat aku semakin pelik.
merujuk kepada tajuk “telekung? apa barang” entri ni, aku nak menyatakan pendapat aku tentang pemakaian telekung. aku tahu aku bukan ada banyak ilmu untuk cakap hal ni. tapi aku ada hak untuk menyatakan kemusykilan aku. dan kalau ada orang yang bijak pandai boleh jawab kemusykilan aku, lagi baik. aku sangat menghargainya. walaupun aku seorang lelaki.
sebenarnya aku merasa musykil pada para wanita yang memilih untuk memakai telekung sekiranya mereka bersolat selain di rumah sendiri. seperti yang kita semua maklum, pemakaian telekung dah menjadi suatu kewajiban yang sebenarnya tak pernah ada dalam Islam.
aku bukan nak kondem sesiapa, sebab mak aku, adik aku, kakak aku, makcik aku, nenek aku, semua yang berkenaan dengan aku lah, pakai telekung untuk solat. bagi aku, pemakaian telekung ni adalah suatu perkara yang menyusahkan. kenapa?
sebab salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat. solat yang ditunaikan tanpa penutupan aurat yang sempurna boleh lah dikira sebagai SIA-SIA. semua orang yang menunaikan solat secara ikhlas kerana Allah semata-mata, beriman kepadaNya.
dan ini bermakna mereka menuruti semua perintah Allah. termasuk menutup aurat dengan sempurna. dan pakaian mereka boleh dibawa untuk bersolat. dan kebanyakan, aku rasa semua, wanita memakai telekung dengan alasan ini. aku rasa hairan.
sekiranya seseorang itu memakai telekung untuk menutup aurat bagi mengelakkan solatnya sia-sia, bukankah dia secara tanpa sedarnya – mengakui bahawa dia tidak dapat menutup aurat secara sempurna di luar solat? ataukah alasan mereka pakaian yang mereka pakai tidak suci?
sesiapa, tolonglah jawab persoalan aku ni.
kalau dah tutup aurat dengan sempurna, boleh je kan solat tanpa telekung bagai?
No comments:
Post a Comment