aku rasa korang mesti dah tahu apa yang aku nak post. kan? tipu kalau tak tahu. haha takpe lah. tahu ke tak aku tetap nak tulis. ye lah, aku ni ada syndrome short-term-memory esok pun aku boleh lupa pasal yang aku taip ni. biasa lah, anak muda
sebenarnya, aku perasan aku selalu mulakan sesuatu dengan sebenarnya. tak tahu kenapa. aku rasa mungkin sebab tak ada perkataan lain yang aku tahu yang maksudnya lebih kurang macam sebenarnya. atau memang aku tak berapa nak hebat dalam bahasa. layan je la
sebenarnya, Zaid, cukuplah dengan “sebenarnya” kau tu. bosan aku baca. T_T
ok sebenarnya aku nak cakap pasal ragam manusia yang fikir dia je yang ada sesuatu benda tu. zaid, kau dah guna “sebenarnya” lagi. erghh
aku pun ada Facebook
ada orang setiap 10 minit nak update status. aku rasa bengang gila. kalau update benda berguna masih boleh kompromi. tapi kalau dah post semua benda eww-eww, rasa nak comment “kau apahal?”. tapi kerana dalam hati aku ni masih ada rasa takut, aku tak buat. cis
aku pun ada masalah
yang ni tak kira kat mana-mana pun mesti ada. kat Facebook paling senang nak jumpa. kat Twitter ada, kat blog ada, kat forum-forum tak perdana pun ada. aku rasa dorang ni tak pernah jumpa manusia lain kut. dia ingat dia je ada masalah. lepas tu semua masalah nak beritahu kat semua orang. apa dia ingat orang suka ke baca masalah? kalau memang nak bantuan, cukup lah dengan cerita kat seseorang je. kan?
aku pun ada awek
yang ni paling aku benci. dia ingat dia sorang ada awek. semua benda nak persembahkan kepada awek dia. kalau memang nak bagi awek dia, mesej je sudah la. ni nak bagi satu dunia tahu apa yang dia bagi, apa yang dia rasa, apa yang dia sanggup buat. apa dorang ingat orang suka ke? ke ada yang suka? demm
aku pun ada blog
yang ni agak terpencil. sebab tak ada lagi website, aku tak jumpa lagi, yang buat listing untuk semua blog, jadi agak susah sebenarnya nak terjumpa dengan blog orang. yang aku tak suka bila setiap masa nak spam tentang blog dia. lagi-lagi dengan “follow me, I follow you back!” atau “done following you, follow me back!”. pergh, aku rasa nak sepak-sepak je blog dia. lepas tu masuk blog dia, aku tak cakap pasal isi blog tu, serabut kepala. dengan widget tah apa-apa, effect sana-sini, lagu tetiba bunyi. tu belum dengan gaya penulisan yang macam tak pernah belajar bahasa. sedih pun ada
aku pun ada kawan
yang ni aku tak berapa nak suka. hampir sama dengan awek-awek tu cuma lebih tertuju kepada kawan. aku tahu dia ada kawan. tapi perlu ke “dia lah kawan aku dunia akhirat” kat semua orang? memang kawan baik kena macam tu ke? pening aku
aku pun ada buat lawak. hahaha tak kesah lah korang nak buat apa, yang penting, jangan melampaui batas. kita manusia, kita mesti ada agama. dan agama bukan untuk dibuat mainan.
aku punya impian,
yang takkan mampu kau mimpikan.
No comments:
Post a Comment