Sunday, December 11, 2011

benda haram yang normal

Haraam (حَرَام‎ ḥarām) (often haram) is an Arabic term meaning "forbidden". In Islam it is used to refer to anything that is prohibited by the word of Allah in the Qur'an or the Hadith . Haraam is the highest status of prohibition given to anything that would result in sin when a Muslim commits it.

haram yang aku maksudkan ni memang haram yang kira tinggi juga la. kalau korang tak nak tahu, boleh komen maksud haram di atas. kalau rasa dah tahu, boleh terus baca penutup, kalau tak tahu, baca pelan-pelan. hehe

normal is being usual, typical or standard; not abnormal or conforming to a standard. normal ni adalah sesuatu yang tidak dianggap sebagai kesalahan bagi majoriti.

benda haram pertama dan paling meluas. bukan setakat meluas je, memang kira semua, err tak semua, buat. apa dia? TAK TUTUP AURAT.

benda yang paling meluas. well, mungkin ada yang lebih meluas daripada ni. pandang kanan nampak budak Melayu(dikonotasikan sebagai Islam) tak pakai tudung. pandang kiri nampak lagi budak Melayu, pakai tudung tapi pakai T-shirt. pandang depan, jangan cakap, belahan dada pun boleh nampak pffftttt

aku tak faham kenapa susah sangat nak tutup aurat ni. kalau dorang solat, aku tak rasa dorang akan tinggalkan benda yang wajib ni senang-senang macam tu je. kan? ke aku salah? ke susah nak pakai tudung? aku lelaki, aku tak tahu apa rasa pakai tudung. tapi yang aku heran, aku rasa lebih susah buat dosa dari tinggalkan benda haram. huhh

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)

benda haram kedua. malas nak buat pengenalan. MELIHAT AURAT ORANG LAIN.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.

benda ni hampir mustahil untuk elak. buka tv nampak aurat orang, keluar rumah nampak aurat orang lain, memang pergi mana-mana pun kita tetap akan terlihat aurat orang lain. solusinya, benci lah dengan hati. kalau iman kuat, gunakan apa yang anda ada untuk halang mereka atau sekurang-kurangnya tegur mereka.

benda haram ketiga. yang ni hampir semua orang buat. tak kira la siapa dia. memang hampir semua orang buat. aku tak nak buat pun serba salah. cuba teka… kalau betul tekaan, aku bagi senyuman. haha benda haram tersebut ialah BERSENTUHAN DENGAN YANG BUKAN MAHRAM.

yang ni pun banyak budak melayu buat. bukan setakat bersentuhan je, raba-raba pun ada. maksud ada tu merujuk pada di tempat umum. yang bukan di tempat umum, aku pun tahu. heh

mesti korang rasa “sentuh je pun. bukan buat apa-apa” so nak cakap hukum Allah merepek la? T_T korang tahu tak berapa banyak orang yang jatuh cinta hanya kerana pandangan mata? kalau mata je boleh jatuh cinta, pegang tangan jatuh katil. Naudzubillahi min dzalik

korang tahu apa efek “bersalaman dan eye contact” pada satu masa? heh kalau tak tahu, tunggu masanya. haha

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

banyak lagi sebenarnya. kita orang Islam wajib sekurang-kurangnya benci pada perkara haram. kalau rasa suka nak buat, ada something wrong lah tu. cepat-cepat lah bertaubat. syurga neraka tu pasti. kalau rasa banyak sangat buat dosa, bertaubat. Allah Maha Penyayang.

keikhlasan tidak akan datang secara tiba-tiba,
keikhlasan perlukan kebiasaan,
kebiasaan tidak datang secara tiba-tiba,
kebiasaan datang daripada paksaan.

 

sumber
http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1881
http://asmadieanuar.blogspot.com/2010/11/hukum-bersentuh-dgn-bukan-muhrim.html
http://www.islamituindah.my/larangan-melihat-aurat-wanita

No comments:

Post a Comment