Sunday, December 11, 2011

pandai? hot? apehal?

maaf lah atas tajuk tu. aku cuma nak berikan pendapat aku tentang perbezaan orang yang gila nama, dan orang yang gila ilmu. hehe sebenarnya benda ni kita dapat tengok dengan jelas dalam kehidupan sehari-hari kita. pandang kanan ada orang pandai. pandang depan ada budak hot. pandang belakang ada lagi orang. lantak lahh

memang semua orang ada identiti masing-masing. tapi tahukah anda, bahawa otak anda memainkan peranan dalam menentukan siapa anda di mata orang lain? kalau tak tahu, aku nak beritahu, aku tengok orang bukan dari rupa semata-mata, tetapi juga dari cara dia mengekspresikan dirinya.

oleh kerana aku tak sabar, maka aku malas nak buat pembukaan yang cantik-cantik. kalau sudi, baca lah sampai habis, kalau tak, berhenti, dan komen apa yang ada di atas. ye, saya tidak marah. kerana saya begitu comel. *comel pebendenya, ketawa pun dalam hati je T_T*

perbandingan tersebut ialah:

BAHASA 
orang pandai: mereka akan menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak berbelit-belit, tiada unsur perkauman, tiada unsur keganasan, tiada unsur binatang, tiada … dah cukup. yang penting mereka menjaga bahasa mereka!
orang hot: berlawanan dengan orang pandai.
POTRET
orang pandai: menunjukkan apa yang perlu ada pada potert sahaja iaitu wajah – mulut mata hidung pipi kening dan yang ada di sekitar wajah. rambut mesti kemas. senyum tutp mulut atai nampak gigi atas SAHAJA. senyuman mesti menawan. kalau tak menawan dan ikhlas. kalau tak delete dan re-shot.
orang hot: berlawanan dengan orang pandai.
CITA-CITA
orang pandai: cita-cita bukanlah apa yang dia dapat capai pada masa akan datang. tetapi apa yang dia dapat bagi pada orang pada masa akan datang.
orang hot: berlawanan dengan orang pandai.
PERUBAHAN
orang pandai: melihat perubahan sebagai cabaran.
orang hot: berlawan dengan orang pandai.
FAKTA
orang pandai: melakukan kajian (walau hanya sedikit) sebelum mempercayai sesuatu.
orang hot: berlawan dengan orang pandai.

hahahaha siapa yang terkena tu, jangan marah. tak perlu la serius sangat.

tapi aku rasa yang ni korang akan setuju:

orang pandai: suka benda simple.
orang hot: berlawanan dengan orang pandai.

dah, tak payah fikir sangat. :D tak. aku tak hot pun. dan kau, jangan perasan pandai. kalau kau memang pandai sekalipun, sila jangan perasan sebab banyak lagi orang pandai kat luar sana.

be yourself,
your body can’t accept another soul.

No comments:

Post a Comment