Thursday, December 8, 2011

networking dan aku

laman sosial ni setiap hari aku masuk. aku tak tahu kenapa. mungkin aku rasa ada orang rindukan aku. mungkin itu sebabnya. banyak laman sosial sekarang ni. walaupun banyak, ada juga lah yang aku tak tahu pun. yang aku tahu beberapa je. tu pun yang famous tip top punya. yang sekadar nasi ayam memang aku kenal-kenal gitu je la. hehe

yang paling popular sekarang Facebook. sampai ratus juta orang guna. tak payah tengok satu dunia, kat Malaysia, kat kampung aku, besar kut kampung, kat rumah aku la, semua ada kecuali adik-adik lelaki aku. yang lain semua guna Facebook. dan setiap hari mereka akan log in. alahai ~

lupakan tentang mereka. aku nak cerita pasal aku dan laman sosial.

Facebook

aku guna Facebook untuk contact kawan-kawan. ngurat awek. buat status kontroversional. cari kawan? cari kawan aku rasa tak kut. aku bukan orang yang suka bersosial. aku lebih senang makan sendirian atau dengan seorang kawan daripada makan dengan kawan-kawan. haha

bila log in Facebook, aku akan buka group yang aku suka. contohnya Majlis Ilmu. aku selalu juga la buka Kelab Blogger. sekadar masuk dan cari blog yang macam menarik. tapi dah masuk situ susah gila nak cari yang menarik. pening bila masuk. selain group aku suka masuk page. page Lyssa_Secret paling aku suka. sebab banyak orang tanya-tanya dia. aku tolong jawab la. haha

Facebook juga mengingatkan aku kepada tarikh lahir kawan-kawan. aku bukan suka sangat wish-wish ni. penat ohh. biasanya aku cuma post “hb :)” tak pun kalau malas sangat “:)” je. haha kalau aku suka orang tu, maksudnya suka kenal dia, aku akan tulis panjang sikit. haha kalau aku tak kenal, aku tak buat apa-apa pun. malas.

friend request? once upon a time aku tapis. tapi sekarang aku approve je semua. malas nak pilih-pilih. lagi pun bukannya efek kat aku kalau aku approve orang. wall aku public. so dia kawan ke lawan ke, dia boleh tengok apa aku buat. tapi aku dah hide aktiviti kecuali like page dan wall post. yang lain tak kan jumpa. hehe

Twitter

aku suka Twitter sebab boleh hantar mesej sesuka hati. so senang nak communicate walaupun bukan follower. jadi semua benda boleh buat. haha cuma yang aku tak suka Twitter ni orang buat dia jadi bukan micro blog. ahhhh, aku pun tak tahu nak cakap apa. T_T

Blogger

aku follow blog yang aku suka je. maksud aku suka ni sangat mendalam. jadi aku malas nak terangkan. dan aku sangat tak suka blog yang terlalu “peribadi”. biasanya sekali masuk lepas tu aku malas nak masuk lagi. haha

aku dah tak tahu nak cerita apa lagi. oh, mesti ada orang cakap:

kenapa cuma ada satu post je kat homepage ni? bukan dulu budak ni cakap dia benci dengan blog yang letak satu post je ke?

sebenarnya aku tukar setting. aku set “1 day” instead of “5 posts”. jadi kalau berani tekan la Older Post kat bawah tu. 20 post sekali korang kena hadap. hahaha

quote kali ni?

success is not what you’ve achieved,
it’s what you become with all those glorious achievements.

No comments:

Post a Comment