mengapa sukar untuk kita menyampaikan sesuatu kepada orang lain? adakah kerana ilmu dan pengalaman kita masih kurang?
mengapa sukar untuk kita menerima sesuatu daripada orang lain? adakah kerana ilmu dan pengalaman kita sudah cukup?
dua persoalan yang berkongsi satu jawapan. Ego. kenapa ego yang dipersalahkan? aku pun tak tahu. kalau korang perasan, bila ada perdebatan dan sebagainya, kedua belah pihak akan berusaha meyakinkan semua bahawa pendapatnya adalah yang terbaik. yang boleh pakai.
sampai suatu saat, kerana begitu sibuk membentangkan hujah, dia tanpa sedar terlepas sesuatu yang berkualiti. sesuatu yang bukan mudah untuk diperolehi. dan kerana dia terlepas sesuatu itu tadi, dia tidak akan cuba untuk mengalah. dan mendengar.
sebenarnya aku nak cakap, kita ni susah nak terima sesuatu, contohnya nasihat, sampailah benda tu kena pada diri kita sendiri. kan?
contohnya ada seorang kawan cakap jangan lari-lari dalam tandas – tandas kat kolej boleh lari-lari. haha tapi kita degil, setiap hari kita lari-lari, sampai satu masa tu tergelincir dan terjatuh. fuhh, memang malu gila lah masa tu. kalau boleh nak tutup muka dengan baldi. haha
sebenarnya aku ada pengalaman terjatuh ni. hahaha jatuh dekat water dispenser. kat situ banjir sikit. sakit gila la. Alhamdulillah tak terbaring, aku sempat tahan badan aku daripada terkena lantai. malu pun ada, sebab masa tu ada orang dalam perjalanan menuju ke situ. hahaha
apa yang aku nak cakap ialah, cuba dengar nasihat. tak rugi pun. ya, benda ni ditujukan kepada semua. termasuk aku. sebab aku memang degil level 88.
وَالعَصرِِ إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ
By the time, Verily, man is in loss, Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'ruf) which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar) which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's Cause during preaching His religion of Islamic Monotheism or Jihad).
No comments:
Post a Comment