sebelum ni aku dah ada buat post cinta dan duit ni. tapi tak banyak lah. ni je yang ada.duit, cinta dan puisi cinta. dan sekarang aku nak gabungkan kedua-dua kuasa paling hebat masa kini. untuk mewujudkan satu lagi kuasa baru, kuasa terhebat alaf ini, atau terhebat sepanjang zaman. hahahaha
cukup dengan intro pertama. intro kedua, aku selalu terdengar, terbaca, arghh, senang cerita termasuk dalam otak aku cerita berkenaan kedua benda ni. cinta benda ke? :O harta korang boleh la konotasikan dengan duit ye. sebab harta tu lebih luas maksudnya berbanding duit.
pendapay yang aku pasti korang pernah dengar ialah: cinta tanpa duit, tak akan menemui kebahagiaan. atau duit tanpa cinta, tak akan menemui keceriaan. aku hentam je. malas nak fikir dalam-dalam. penat. lebih baik aku fikir macam mana nak buat projek aku dalam hari yang penuh makna. ya. penuh makna.. -.-
bagi aku secara peribadinya, aku lebih mengutamakan cinta. maksud aku bukan mengejar cinta. atau mencari cinta. atau membuat aku mempunyai rasa cinta yang mendalam, tetapi memilih cinta, hanya dalam konteks yang mana lebih penting: harta atau cinta?. kenapa? aku mesti lah ada sebab kan. dan sebabnya ialah
cinta itu adalah perasaan suka yang teramat sangat. cinta itu adalah garisan yang memisahkan suka dan obses. dan cinta itu suci. haha bukan, suci tu bukan poin aku. jadi, apa kena mengena perasaan suka dengan kehidupan? mesti korang terfikir kalau tak suka kehidupan, buat apa hidup. baik mati. kan?
harta pula, membolehkan seseorang hidup mewah, senang lenang, tak perlu bersusah payah, dan sebagainya. dengan harta, boleh beli kawan, boleh beli makanan, boleh beli kolam, boleh beli rumah, kalau tamak, boleh beli KLCC. boleh ke? :O
maksudnya, dengan harta, seseorang BOLEH membeli kebahagiaan. kan? tapi dengan satu syarat. dan syarat itu bukan keikhlasan seperti yang bermain difikiran anda. bukan. salah sama sekali. tetapi rasa CINTA kepada harta itu sendiri.
tak setuju? cuba korang bayangkan, korang pergi ATM, dengan muka seposen sebab tahu cuma ada seploh ringgit dalam akaun tu, dan itulah harapan korang untuk hidup hari tu, dan TIBA-TIBA, korang punya baki seploh juta ringgit! tak ke korang pengsan kat situ sebab terkejut bercampur gembira? haha
tak lawak Zaid, apa kau nak cakap ni? maksud aku, kalau korang tak yakin dengan duit tu, korang akan suka ke dengan duit seploh juta tu? kalau dah tak suka, jauh sekali cinta. kan? ke korang cinta tanpa suka? haha
korang rasa kalau korang tak cinta dengan duit yang banyak tu, korang boleh ke hidup bahagia? boleh? aku tak rasa boleh. aku rasa korang nak sentuh pun tak. sebab dah tak ada perasaan cinta. sebab korang tahu tu bukan duit korang. mungkin duit mafia dari Mexico. nak guna takut la. kang tetiba ada heli atas rumah, mamp*s!
dengan itu aku menutup esei tak formal aku dengan menekankan bahawa, CINTA adalah segalanya. jangan sempitkan skop cinta korang. sebab cinta itu perasaan. dan perasaan itu abstrak. dan semua yang abstrak tidak bersempadan.
cinta itu bukan keindahan, tetapi kesukaan.
jika kesukaanmu pada keindahan, maka indahlah cinta itu.dan jika kesukaanmu pada keburukan, maka buruklah cinta itu
No comments:
Post a Comment