aku dan komputer memang dah tak boleh dipisahkan. dah macam darah daging aku benda ni. sampaikan semua sedaramara dah tahu aku ni terlalu suka berkomputer. macam-macam juga la aku buat dengan komputer. dan yang paling pasti, Facebook bukan keutamaan aku. haha
seingat aku, aku dah mula pegang mouse sejak berumur 5 tahun. atau mungkin lebih awal lagi. masa tu Win95 lagi. ye aku ingat. haha ada sebiji je komputer kat rumah. jadi abi, umi, aku dan kakak selalu berebut. kalau ikut logik aku berada di tangga terakhir, tetapi kerana kepakaran aku, dapatlah aku menduduki tangga ke-3. ok la tu daripada terakhir.
masa tu aku guna komputer untuk main game je. aku bukan genius pun kecil-kecil dah reti coding. kalau main game biasanya aku tak main sendiri. kira aktiviti keluarga juga la. kami kan keluarga bahagia. *bahagia sampailah Facebook wujud. eh, sampailah Facebook umi wujud. T_T*
masa bahagia bermain video game kat komputer ni tetap menjadi kenangan sampai sekarang. kadang-kadang bila kitorang sekeluarga lepak sama, mesti keluar cerita pasal game. yang aku ingat ada 3-4 game je. malangnya lupa dah nama. jadi susah la nak cari balik.
aku dapat jumpa dua je. memang rasa excited gila dapat tengok game yang aku main masa kecil dulu masih wujud. haha seronok juga la main. walaupun tak ada efek dahsyat lima bintang, aku tetap rasa seronok. sebab game ni lah yang dulu aku main dengan abi. nostalgic sungguh
nama game ni SkiFree
ini adalah monster yang memakan aku. cis
nama game ni Rodent’s Revenge
kena kawal tikus tu dan bunuh semua kucing dengan cara himpit mereka dengan blocks tu.
dua games ni je yang aku berjaya jumpa. yang lain sedihnya. aku main game ni kalau tak silap sampai umur 6 tahun. then something happen aku pun tak ingat apa. haha main game ni teringat abi.
nanti kalau aku dah ada anak, aku nak exposekan dorang dengan game-game ni dulu. game maju macam COD tu nanti dulu lah. tunggu 18 ke. masa kecil kena main game budak kecil. tanamkan sifat-sifat terpuji dengan game-game ni.
tapi kan, aku rasa kedua-dua game yang aku ingat ni tak ada ajar nilai murni pun. satu main ski, then kena makan. lagi satu bunuh kucing. memang tak ada langsung pengajaran. T_T
cuba lah main, seronok! :D
Life’s not about how much you’ve taken.
Life’s all about how much you’ve given.
Life’s not about how much you’ve taken.
ReplyDeleteLife’s all about how much you’ve given.