Sunday, October 16, 2011

indahnya kehidupan

aku tahu aku tak layak nak bercerita tentang kehidupan memandangkan umurku yang terlalu muda. aku belum pernah merasai kesusahan yang sebenarnya. aku belum pernah merasai kesakitan yang sebenarnya. aku belum pernah merasai kebahagian yang sebenarnya. namun aku juga insan seperti kalian.

aku juga punya cita-cita. aku juga punya perasaan. aku juga punya kenangan.

hidup ini terlalu indah untuk kita bangkit daripada tidur setiap pagi dengan penyesalan. hidup bukanlah seperti video yang boleh kita putar semula, atau replay dan sebagainya. sekali masa terbuang, kita tidak akan dapat menggantikannya.

oleh itu, hargailah apa yang kita miliki. kerana kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada. untuk menikmati hidup. untuk merasakan kasih. untuk hidup.

hidup adalah anugerah terindah untuk manusia.

jikalau hidupmu tidak seindah yang kau harapkan, jika kau mahukan perubahan, adakah kau hanya akan berdiam diri dan merungut?

يا الله، اهدنا الصراط المستقيم

3 comments:

  1. kehidupan memang sentiasa indah sekiranya kita berada di jalan yang benar...Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. you only live once , but if you work it right , once is enough :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih komen.
    kalau baik hati dan comel macam saya, tekan lah like tu. tak pun rate eh.
    ;)

    ReplyDelete