Saturday, November 12, 2011

nak tegur orang mesti sempurna?

I’m sure every one of you pernah ternampak, terdengar atau terbaca pasal benda ni. nak tegur orang, kita mesti bercermin dulu. nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. tak pun nobody’s perfect.

ayat ni selalu digunakan oleh mereka yang cetek akal pemikiran. dia tahu dia bodoh, tapi sombong. ego setinggi gunung. tak nak terima teguran. setiap kali menerima teguran yang dia akan ucapkan hanyalah : “kau dah cukup bagus ke nak ajar aku?” (dan yang sama maksud dengannya).

kenapa aku cakap dia bodoh? sebab memang dia bodoh. kalaulah hanya orang yang dah cukup bagus sahaja boleh menegur, aku tak rasa dunia ni akan maju. sampai bila-bila. kalau hanya orang sempurna je boleh menegur, takkan ada orang yang dapat berjaya.

bagi aku, semua benda ada tempatnya. kalau orang tegur kita, jangan lah fikirkan siapa dia. tetapi tengok apa yang dia tegur tu. kalau dia cakap kita comot tapi dia selekeh macam tak mandi sebulan, kita marah dia. padahal kita sendiri tahu kita tengah comot masa tu. tak ke bodoh?

 

aku 1: kau ni pandai berkata-kata kan? kau sendiri tak betul!
aku 2: aku tahu aku tak betul. tapi apa salahnya aku nak tegur orang lain pada masa yang sama tegur diri sendiri?

kalau kita tak dapat terima teguran orang, tak mustahil suatu hari nanti kita akan gagal. atau tak akan berjaya.

No comments:

Post a Comment