lately aku banyak baca orang beri review yang sangat buruk pasal benda ni. aku pun tak tahu. tapi aku rasa memang orang kita anti kemajuan! secara peribadinya, aku suka ShoutMix yang baru ni. sebab-sebabnya:
- lebih cantik dan menarik
- lebih teratur
- boleh sign in guna Twitter, Facebook, atau emel. dan kalau yang malas nak sign in, boleh je tinggalkan mesej sebagai guest
- ada avatar comel!
kebanyakan orang beri review yang buruk kerana kononya sukar untuk sign in. oleh itu, aku akan tunjukkan cara sign in.
Tekan share as. lepas tu akan keluar window ni;
boleh dilihat, ada tiga pilihan yang diberika.
pilihan pertama, masukkan emel dan nama(yang korang nak jadi default untuk ShoutMix baru ni. tekan continue. lepas tu korang boleh hantar mesej, tapi tak ada backlink ke website korang – aku rekemen ni untuk orang malas dan tak pentingkan backlink. kalau rajin, cek emel dan ikut apa yang dia suruh dalam emel tu. lepas tu korang akan logged in. tekan kat nama korang untuk edit beberapa benda termasuk link dan avatar.
korang boleh tukar Name, URL, Avatar dan Sign out. menurut admin ShoutMix, korang hanya perlu verify emel tu sekali je untuk setiap device/browser. kalau gatal clear cache dan cookies, aku rasa kena verify lagi sekali lah.
pilihan kedua, sign in guna Facebook. kalau dia suruh sign in, sign in je. korang perlu accept semua benda. accept je, tak ada scam, spam apa tu semua. tapi aku tak cadangkan sama sekali. sebabnya, URL profile Facebook yang akan digunakan. dan memang tak boleh tukar.
pilihan ketiga, sign in guna Twitter. kalau dia suruh sign in, sign in je. sama lah macam biasa. untuk Twitter, korang boleh letak link korang sendiri. caranya, set website dekat akaun Twitter.
kalau korang tak suka juga, tak kesah la. aku suka kemajuan. dan aku tak anti inovasi. haha oleh itu, aku buang chatbox dan letak ShoutMix baru ni.
links to New ShoutMix and Old ShoutMix
No comments:
Post a Comment