Saturday, February 25, 2012

makanan, minuman, darah dan hati.

sebelum tu, aku nak beritahu aku tak suka makan hati apatah lagi minum darah. walaupun darah sedap rasanya.

apa kena mengena 4 benda ni? persamaan mereka adalah,

tanpa makanan, minuman, darah dan hati, seseorang manusia sudah boleh dipanggil mayat atau manusia mati atau manusia tak hidup. suka hati korang la nak panggil apa.

jadi, kenapa aku nak post benda ni? merepek je aku ni kan. haha :D sebenarnya, aku tulis ni sebab aku rasa tak selesa dengan pemakanan (dan peminuman) saudara seaqidah aku pada masa ini. banyak sangat makanan (dan minuman) yang meragukan, tak pasti status kehalalannya.

contohnya, coklat berbagai jenama seperti Ferrero, minuman ringan(ringan ke?) seperti Barbican, gula-gula seperti Sugus, makanan segera seperti ****** dan etc. (malas aku nak fikir lagi, korang cari lah sendiri)

sekarang ni banyak sangat orang Islam yang tak peduli sangat pasal makanan. asal sedap je makan. aku rasa sedikit kurang senang sebab makanan dan minuman ni sangat penting bagi menjamin kualiti darah dan hati. siapa belajar Biology tahulah apa yang aku maksudkan.

kalau makanan tak bagus, sesungguhnya kualiti darah dan seterusnya hati akan menurun. tu dari segi fizikal. dari segi rohani, kalau dah makan benda haram, memang iman makin lemah, hati mula jadi batu, nak solat pun berat apa lagi nak hindarkan maksiat. tu mungkin sebab banyak sangat orang sekarang yang tak pakai tudung, tak solat, tak rasa bersalah buat maksiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

seterusnya, janganlah kita menganggap perkara ni sebagai bahan gurauan. sebab balasan menjadikan hukum Allah sebagai bahan gurauan, sangat berat.

Wallahua’lam

*maaf atas ketidakadaan skil menulis. dah lama tak mengarang T_T

No comments:

Post a Comment