9 tahun lalu aku macam budak takde keluarga. pagi sekolah, lepas sekolah terus pergi main dengan kawan-kawan. kadang-kadang dah Maghrib baru aku balik. balik rumah makcik aku. aku rasa masa tu aku budak yang paling gembira. aku tak duduk dengan umi abi.
masa tu aku kecil sangat tak tahu kenapa. aku rasa aku tak perlu tahu kenapa aku disisihkan. hari pertama aku terpaksa berjauhan, aku nangis macam budak perempuan. aku budak manja. semua orang tahu mak aku tahu. aku punya manja kalau boleh nak tidur sebelah dia. sampai sekarang. tapi aku tahu, tak boleh T_T
lama juga aku duduk sendiri dengan keluarga abang abi. err, sebenarnya aku dangan adik aku1. kakak aku kena tinggal asrama. depan rumah je pun asramanya. jadi dia selalu jumpa aku dengan adik aku. masa tu dia 11 tahun. gila muda tapi bertanggungjawab. mungkin sebab dia sungguh bertanggungjawab lah aku jadi sangat ignorant.
dialah tempat bermanja aku selepas umi. aku tak berapa dekat dengan abi. sebab sejak kecil pun dia selalu keuar. dan biasanya lebih sebulan. kalau kakak aku takde malam tu, aku rasa aku nangis sampai seminggu. haha gembeng gila.
pakcik aku yang aku tumpang rumah dia ni pulak, sangat penyayang. suka manjakan anak. aku sekali dimanjakan. biasanya dia kejut aku untuk solat subuh lambat. dan adik aku, tak dikejut pun. haha aku suka duduk dengan dia sebab aku boleh buat almost semua yang aku nak. aku tak perlu bagi apa-apa. keuntungan hanya dipihak aku. haha
lama juga aku duduk dengan dia. lama juga lah aku nakal gila T_T masa ni aku rasa aku tak pernah buat homework. aku rasa lah, aku tak berapa ingat.
until that very day, aku kena hantar duduk dengan umi abi semula. aku rasa happy sangat. dapat duduk dengan keluarga bahagia aku. masa tu adik beradik aku ada 5 orang. paling kecil umur berapa aku dah lupa. tapi dia suka menyusahkan aku, kencing berak merata. cheist
masa duduk kat sini aku rasa gembira, lebih gembira berbanding masa aku bebas macam ular sawa, boleh pergi mana-mana. sebab aku dapat main dengan adik-adik aku. kakak sekali la. aku selalu jalan-jalan kat sawah dengan dorang. seronok sangat. kadang-kadang jalan dengan umi.
masa tu abi jarang ada kat rumah. aku tak tahu kenapa. dan aku tak rasa budak kecil macam aku perlu tahu. kadang-kadang abi balik, tapi sekejap je. lepas tu keluar lagi. dan aku masih tak tahu kenapa. dan aku masih rasa yang budak kecil macam aku tak perlu tahu.
sampailah satu hari tu ada polis datang rumah dan dorang bawa umi. masa tu aku dengan abi kena tangkap. dan umi perlu diinterrogate. masa tu umi tak percaya yang abi kena tangkap. sebab dia tak tahu kenapa. aku juga tak percaya dan aku juga tak tahu kenapa.
lepas hari tu, polis-polis tu semakin galak, dorang selalu datang, dan umi selalu dibawa pergi. aku rasa kesian sangat kat umi, sebab she is a women and she’s not that strong. please lah abang polis, jangan susahkan umi. dah lah aku kena tinggal kat rumah dengan adik-adik aku. siapa yang nak bagi aku makan? T_T
tak lama lepas tu baru aku tahu yang abi kena tangkap atas tuduhan menjadi dalang Bom Bali. aku tak tahu nak rasa apa. aku memang betul-betul tak tahu.
tak lama lepas tu, hubungan aku dengan abi sangat rengang. desebabkan dah lama terpisah, aku tak tahu kalau aku masih perlukan dia dalam hidup aku. aku rasa aku dah kecewakan dia. kalau dia tahu apa yang dah jadi kat aku masa tu. aku sangat berbeza.
bertahun-tahun lamanya abi dalam tahanan. aku tak tahu bila aku dapat hidup macam dulu. macam masa kat rumah bawah. aku selalu rindu dia. aku selalu.
6 tahun berlalu, abi masih dalam tahanan. aku dah 15 tahun. jarang dapat jumpa abi. kalau dapat pun sekejap je. perjalanan berhari-hari hanya untuk pertemuan beberapa jam. aku rasa diperbodohkan.
November 2008. bulan paling saspen dalam hidup aku. dorang cakap nak jatuhkan hukuman pertengahan bulan. aku dengan umi balik kampung 6 November.
7 November, masih tak pasti bila hukuman aku dijalankan. aku masih berharap kalau semua ni hanya mimpi. aku masih berharap kalau abi dapat balik.
8 November, aku masih berharap aku dapat jumpa abi. aku masih berharap adik-beradik yang lain dapat jumpa abi.
malam tu, aku tak tidur.
…
then it happened. dan semua berubah. semua.
No comments:
Post a Comment