entri ni bukan entri cinta. ye la biasanya “kau dan aku” menunjukkan satu hubungan. yang biasanya melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. tapi aku tak buat entri sedemikian. mungkin pada masa akan datang dan yang lepas-lepas pun dah ada. pergi lah cari kalau nak baca.
apa yang aku nak cerita ialah penggunaan kata “aku” dan “kau” tersebut semasa aku kecil. dua perkataan yang memainkan peranan sangat penting dalam menentukan derajat seseorang dalam masyarakat. *ok tak. bahasa tak melambangkan derajat dah dulu mungkin
masa kecil aku dalam suasana yang sangat Islamic, sangat menitik beratkan akhlak. tak ada orang yang merokok pun kat kampung aku. oh, ada. bila atuk aku datang dia mesti hisap rokok. haha aku pun tak tahu macam mana dia boleh berkeyakinan setinggi tu.
masa aku kecil dulu, Bahasa Arab jadi bahasa kedua selepas Bahasa Melayu. sehinggakan banyak perkataan Bahasa Melayu yang digantikan dengan Bahasa Arab. dengan sebab-sebab tertentu semestinya.
tidak ketinggalan, perkataan “aku” dan “kau”. jarang aku dengar dua perkataan ni. sangat jarang. aku pun kurang pasti kenapa. tak ada la yang cakap haram. tapi memang macam perkataan larangan. mungkin kalau sebut kena sengat lebah kut. haha
kat rumah, perkataan “aku” dan “kau” juga tak digunakan dalam membahasakan diri masing-masing. bahkan, sampai sekarang, aku sendiri membahasakan diri sebagai “abang” kepada adik-adikku dan “Zaid” kepada umi dan kakak. terasa aku yang paling setia haha
apa yang aku ingat memang hampir semua kata ganti nama, akan digantikan dengan perkataan Arab. memang pelik. api aku suka sebab terasa lebih Islamic. masih ada yang sampai sekarang mengamalkannya. Alhamdulillah. tapi aku tak biasa.
kalau perkataan “aku” dan “kau” pun tak ada, perkataan maki-makian jangan cakap la. siapa cakap aku rasa boleh masuk bilik disiplin. aku rasa je. dan Alhamdulillah sampai sekarang rumah aku masih suci daripada perkataan-perkataan sedemikian.
sampai lah umur aku lebih kurang 9, semua tu hilang bagai dibawa angin. aku bukan setakat menggunakan perkataan “aku” malah berbahasa Jawa. hahaha tapi sekarang aku dah tak reti. apa pun tak boleh TT_TT
sememangnya aku kurang gemar dengar adik beradik aku berbual gunakan “aku” dan “kau” ni. aku rasa kurang mesra. tapi biarlah yang gunakan tu pun dah besar. kalau dia rasa tu lebih mesra, lantak pi la. yang penting, bila dah sampai waktu makan, ada nasi. kalau tak aku membebel.
bahasa budaya bangsa. hilang bahasa, hilanglah bangsa
No comments:
Post a Comment